Memaparkan catatan dengan label Maka Wahai Pemimpin2 Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maka Wahai Pemimpin2 Islam. Papar semua catatan

Ahad, 18 Januari 2026

Maka Wahai Pemimpin2 Islam, kita terlupakan mana yang lebih utama, mana yang Sunnah, mana yang Allah Taala mahu.

  

Kenapa yang sedikit ini yg kita cuba terokai.
Ternak yg halal apa salahnya. Islam boleh makan ,bukan islam boleh makan dan menepati Sunnah Rasulullah SAW.   Maka Wahai Pemimpin2 Islam, Jangan terlajak kalut dengan Kuasa kerana kita boleh mentadbir tetapi sampai kita terlupakan mana yang lebih utama, mana yang Sunnah, mana yang Allah Taala mahu.  Ingat sama ada kita kita Muslim atau bukan Muslim, kita semua hamba Allah yang akan dihisab oleh Allah di akhirat nanti Di dunia betul kita mengatakan itu hak beragama tetapi di akhirat tidak kira agama apa sekalipon Allah akan hisab kita. 

Dalam isue ini kita ingin menyatakan bahawa ada satu Hadith kalau kita nak lihat dari sudut nilai ekonomi disisi syaraq bukan saja makan bahkan, dengar baik2 bahkan urusan, apa2 urusan yang jelas kalau mengangkat benda2 yang haram, mengangkat babi yang haram ketaraf yang mulia sampai di ternak dalam bilik aircond dijaga serapi2nya lebih bersih daripada seorang bayi yang baru dilahirkan, lalu kita mengatakan inilah cara kenapa kita nak sekat kenapa kita nak haramkan ,dia boleh di kawal, dia boleh diurus.  Ingat perbuatan tersebut kita telah memuliakankan babi.  Kita telah memuliakan kedudukan babi yang yang diharamkan Allah SNW.  Maka perbuatan tersebut juga tercela di sisi Allah. Tercela di sisi Rasullullah. SAW. 

 Wahai pemimpin Islam tak kiralah kamu parti apa...kita semua ini bersaudara, kita semua mesti bercakap atas nama Allah SNW , maka dengarlah bahawa usaha yang kita lakukan itu tidaklah terpuji di sisi Allah, walaupon terpuji disisi manusia, kerana Rasullullah SAW telah bersabda melalui hadith Jabir RA.   Sebenarnya Rasulullah telah lama melarangkan jual arak, jual bangkai, jual babi, jual berhala.  Maka apa bentuk urusniaga yang bersifat perusahaan dalam bidang2 tadi  tidak mulia disisi Rasullullah,  malulah kita kepada Allah dalam usia yang ada ini, takkan lah kita nak mati atas nama keperluan dan pengurusan semata2.

 Cuba lah fikir, janganlah angka 500 itu dijadikan kesempatan atas nama pemindahan.  Jadi dalam konteks Malaysia ini patutkah ternak babi secara komersial?  Jadi jawapan fiqh siasah yang seimbang prinsip dasarnya muslim tak boleh makan dan wajib Negara menjaga intergriti Halal Fiqh.   Bukan Islam, negara boleh mengurus keperluan makanan mereka dalam batas undang2 dalam kemaslahatan umum.  Jadi Negara wajib menolak mudhorat awam, menjaga alam sekitar, menjaga kesihatan awam.  Jadi dalam perkara ini kita berusaha mendidik agar masyarakat sedar, tak payahlah kita bersungguh nak makan benda yang haram banyak lagi benda yang halal yang telah di taitahkan di firmankan oleh Allah  SNW.
  .
Jadi sebab itu di akhir khutbah ini kita ingin menyokong, sahabat yang di rahmati Allah, TITAH TUANKU SUPAYA MELAKUKAN KAJIAN YANG MENYELURUH, KUANTITI KEPERLUAN BABI DAN PERMINTAAN DAGING BABI KHUSUSNYA UNTUK BUKAN ISLAM DI NEGARA INI. DAN TITAH BAGINDA SUPAYA TIADA LAGI OPERASI PENTERNAKAN BABI DI KUALA LANGAT, TANJUNG SEPAT DAN SEBAGAINYA. MAKA TIADA PERUNTUKAN KEWANGAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI UNTUK OPERASI TERSEBUT.  JADI TAHNIAH DAN TERIMA KASIH, ALHAMDULILLAH DI ATAS TITAH TUANKU DAN KEPERIHATINAN TUANKU DALAM PERKARA INI...BAARAKALLAHHU LI WALAKUM FIL KURA NILAZIM,
WANAF AL NI......................................WAYA NAJA TATTA IBIN.