Isnin, 20 April 2026
Rafeah Buang... Suara hatií
Semoga dlm Rahmat Allah... Aamiin.
Ahad, 19 April 2026
Assalamualaikum... Rabbku... Selamatkan lah perjalanan kami...
Moga selamat... Doakan kami selamat... InsyaaAllah... Aamiin. Baru nak bertolak... 9.15..beli breakfast...
Sabtu, 18 April 2026
Would the old woman abandon Trinh Ho when he was seriously ill, along with the baby?
Would the old woman abandon Trinh Ho when he was seriously ill, along with the baby?
Maher Zain - Tuntunku KepadaMu (Guide Me All The Way) - Bahasa Version | Official Lyric Video
Saturday, 4 April 2026
Tuntunku KepadaMu - "Mati itu Pasti,"
Assalamualaikum!
Terimakasih sahabat blogku kerana mengingatkan daku kepada kematian.
Daku dah dekat dah.. TQ daku sedar. Terkena pula saat daku
menghadapi kematian sahabat, lagu ini dihadiahkan padaku.
Besar makna, lagu ini buatku. " Mati itu Pasti"
Peringatan kerana Allah ini kususuli dgn ucapan Arrigato 2 U.
Baca apa yang ku tulis kerana lagu ni amat sesuai
dgn petikan itu. Thanks.
Thursday, 19 February 2026
Maher Zain - Tuntunku KepadaMu (Guide Me All The Way) - Bahasa Version | Official Lyric Video
Kembalinya sahabatku ke rahmatullah.Permudahkanlah sakaratulmaut kami Rabbku.
Assalamualaikum...Hari ini dapat khabar duka, ada kematian ia itu, seorang lagi sahabatku telah kembali kerahmatullah. "Innalillahhiwainnailai hi raajiuun." Daripada Allah kita datang dan kepadaNyalah kita akan kembali. " Dengan jemputan Allah itu, daku berdoa agar sahabatku itu dikumpulkan Allah bersama orang2 yang soleh.
Bila perkhabaran ini ku terima daku dapat rasakan bahawa betapa dekatnya sudah kematian menghampiriku dan mereka yang seusiaku terutama saudara maraku. Meskipon kematian tidak mengenal usia, tapi "KEMATIAN ITU PASTI" Ya Rabb. Kau jadikanlah hambaMU ini sering mengingati mati. Daku berharap agar Allah ingatkan kita selalu bahawa kematian itu sentiasa menjenguk kita hari demi hari.
Entah berapa kali malikalmaut datang menjenguk kita dalam sehari. Cuma menunggu masa dan waktu Allah arahkan agar dicabut nyawa dpd jasad kita. " MaasyaaAllah." Permudahkanlah kami- RabbKu. Permudahkanlah sakaratulmaut kami Rabbku." Allahhumahauwinalaina fi sakaratulmaut"
Ya Rabbku...Elakkanlah daku merugikan masa , anugerahkanlah kami " masa yang bermanfaat" kenikmatan untuk kami mengingati, peri pentingnya waktu yang ada pada kami ini. Kau jadikanlah kami sentiasa bersyukur terhadap ketentuanMu atas diri kami ini. Ulitilah kami dengan SABAR dan REDHO dalam menjalani hidup ini. Basahkanlah lidah kami selalu dalam menyebut namaMu. Ingatkanlah kami selalu berselawat kepada Rasul KekasihMu Rabbku.
Rabbku...Kau jadikanlah kami bersyukur dengan apa yang kami ada ini, permudahkanlah perjalanan hidup sehariankami. JanganKau jadikan kami mengejar dunia semata dan Kau penuhi hidup kami dengan rasa "cukup dan puas", cukup (seadanya) dgn rezeki yg Kau anugerahkan ini.
Aku sedari Rabbku...sihatku juga adalah "rezekiku" yg patut ku syukuri begitu juga dalam memanfaatkan masaku kerana "masa" juga selalu menipu kami, hamba2Mu semua, terutama daku yang selalu alpa. Jangan Kau lalaikan kami dalam menangani masa yang ada ini, jadikanlah masa itu dapat kami gunakan dengan sebaik2nya dengan beramal kepadaMu.
Tuhanku...Kau sedarkan aku dengan kesedihan itu sebagai pengubat hati ini untuk lebih dekat padaMu. Daku sedar Rabbku dengan duka, sedih, sepi, ini mendekatkan aku padaMu. Redhokanlah aku dan sabarkanlah aku, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aamiin Ya Rabbala'lamin
Tuesday, 24 September 2024
Rahsia Hati
SEDAPNYA SUARA YG ALLAH ANUGERAHKAN KEPADANYA...
Rahsia Hati
Rahsia Hati
Lukisan Perasaan
Belgium Rampas Bekalan Senjata Amerika Ke Israel - Iran Tolak Cadangan Lanjutkan
Belgium Rampas Bekalan Senjata Amerika Ke Israel - Iran Tolak Cadangan Lanjutkan Gencatan Senjata!
KATA IMAM AR- RADZI SUSUNAN DAKWAH NABI HARUN ADALAH SUSUNAN DAKWAH TERBAIK.
NASEHAT PERPISAHAN Pemakaman Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas _ Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat
Thursday, 2 April 2026
NASEHAT PERPISAHAN Pemakaman Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas _ Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat
Sunday, 1 March 2026
Gunakan Waktumu Sebelum Terlambat – Nasihat Penting Tentang Waktu
Monday, 13 October 2025
Gunakan Waktumu Sebelum Terlambat – Nasihat Penting Tentang Waktu
Rabbku Permudahkanlah Perjalanan Kami Nanti. Aamiin.
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.
Daku kena bersihkan Blogku ini agar dapat aku tinggalkannya dlm
keadaan bersih. Banyak dah yang daku clearkan...syukur sahabatku
view sehingga daku ketemu kepincangan di sana sini. Syukur ia dapat
daku bersihkan. Terima kasih teman2. View anda menyelamatkanku..
Banyak perkara dalam hidup ini kita perlu tinggalkan sementara.
Tapi bayangkan jika kita terpaksa tinggalkan buat selama2nya !
Bagaimana? MaasyaaAllah moga Allah bantu daku dalam
menguruskan hidupku yang belum sempurna ini untuk menemui-Nya.
Moga sahabat2ku semua terus melayari Blogku ini agar daku dapatlah
sedikit pahala untuk bekalan akhiratku.
Daku percaya...bila mendengar ceramah ustaz kita akan merasa damai.
Bagi pelawat dari luar negara...moga2 mereka dapat menambah Ilmu
Agama dan mudah membuat pencarian lantaran video2 yg daku
letakkan ini merangkumi berbagai topik dan permasaalah Agama.
Andaikata, bukan Islam yang melihatnya pula harapanku agar
mereka dapat mengenali Islam dgn lebih dekat lagi.
InsyaaAllah. Rabbku... berilah Taufiq-Mu dan Hidayah-Mu kepada
yang membaca dan yg mendengar Ceramah di sini. Aamiin..
Ya Rabbal a'alamin.
Moga tiada lagi cerita2 laghoku ada disini. Moga daku
dapat uruskan lagi selepas ini. Ya Rabb jadilan kepulanganku
menyeronokkan keluargaku. Daku tahu ada yang merindui
kami dan kami merindui mereka. Anugerahkanlah keselamatan
kepada kami semua. InsyaaAllah. Selamatkanlah perjalanan kami.
Moga tepatlah masa kami, bertolak dan elakkanlah daripada
berlaku perkara2 yang tidak diingini kepada kami. Sehatkanlah
kami dan jauhkanlah daripada sebarang kesulitan baik kecil
mahupon besar. Tuhanku ...jadikanlah semingguku happy tanpa
ada masaalah yang timbul .
Rabbku...Moga anakku bertolak ke Perkampungan Sunnah dengan
selamat. Permudahkanlah perjalanannya. kesana. Sehatkanlah
dia agar dapat memandu dan sampai ke sana dengan selamat.
Anugerahkanlah mereka kedamaian dalam menuntut ilmu
dan ikhlaskanlah mereka kerana-Mu Tuhanku. Sihatkanlah anakku,
anak2 saudaraku serta cucu2 saudaraku. Permudahkanlah urusan
menuntut Ilmu mereka .Aamiin....
KAMI BELUM BERTOLAK LAGI SBB KAMI TUNDA BESOK...MOGA KAMI SELAMAT.
ASSALAMUALAIKUM.
KAMI BELUM BERTOLAK LAGI SEBAB ANIS MASIH BERI TUISYEN KEPADA ANAK ALYA DAN AMBIL REHAT SEDIKIT LAGI SEBELUM DRIVE. MOGA KAMI DAPAT BERTOLAK AWAL PAGI ESOK. TAK APA . MOGA SELESAI ANAK ALYA BELAJAR DAN MAK ANIS TENTU LETIH JIKA PULANG DARI PERKAMPUNGAN SUNAH NANTI. DAKU TERUS DOAKAN ANIS SIHAT YA RABBKU.
KELMARIN ANIS MASIH BERI TUISYEN KEPADA ANAK LINDA. SYUKUR. HARI INI DAKU DIBERITAHU lINDA AKAN JALANI OPERATION. LINDA DAPAT SAKIT" SLIPPE DISK"DAKU DAPAT TAHU SEBAB KELMARIN SAMPAI BUAH TANGAN DARI ADIK INDONESIAN YANG HANTAR " CUCUR JAWA" KEPADAKU DAN ANIS. MAASYAAALAH ...DAKU DOAKAN LINDA AGAR SELAMAT DALAM OPERASINYA HARI INI. SAHABAT MARI KITA TOLONG DOAKAN LINDA SELAMAT. SEMALAM LINDA DAH PUASA DAN HARI INI LINDA AKAN DI OPERATE DI KLINIK SWASTA. YARABB ,...SELAMATKAN LAH LINDA MOGA BERJAYA LINDA DALAM OPERATIONS INI, HARI INI. AAMIIN. LINDA ADALAH KAWAN BAIK ANIS DISINI.
ANAK LINDA YANG BERSEKOLAH DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH PEREMPUAN DI BANDAR ENSTEK, SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN.(KOLEJ TENGKU KURSIAH.) MASIH LAGI MINTA ANIS MENGAJAR ONLINE . ANAK LINDA INI SANGAT RAJIN. KAKAK INI BILA DI RUMAHPON RAJIN SANGAT MEMASAK MAKANAN MENOLONG LINDA DAN KADANG2 TOLONG BIBIK DI DAPUR. DAKU KAGUM DGN KERAJINAN NYA. DAKU DAPATI KEBIASAAN NYA MURID KU YG BEGINI SELALUNYA BERJAYA DGN CEMERLANG DALAM PELAJARAN. MOGA DIA TERUS BERJAYA DALAM PELAJARANNYA.
TADI CALL BAH. BAH BARU BALIK DARI PASAR. HMM BAH BELI IKAN YANG DKU BOLEH MAKAN ..HIHI. RINDUNYA MAKANAN YANG BAH MASAK. BAH SANGAT PANDAI MASAK. SYUKUR. BAH NAKBUAT PAJERI TERUNG. WAAA DAKU SUKA JUGAK PAJERI TERUNG. BAH KATA BAH JUGAK BELI DAUN SELASIH. JIKA ADA MASA BAH AKAN BUAT "LAKSA SIAM" SEDAPNYA ...LAKSA SIAM BAH SEDAP SANGAT. JIKA ANIS BALIK BAH SELALU BUAT LAKSA SIAM.
MALAM SEMALAM ANAKANDA HAIKAL DAH MULA TIDUR DI RUMAH BARU (SEWAANNYA) MOGA HAIKAL SERONOK DI RUMAH SEWANYA. SYUKUR YA RABB. MOGA DAPAT MEMBERI KESELESAAN ANAK YANG BARU BEKERJA ITU. HAIKAL SANGAT SUKA KERJA YANG DIA JAWAT SEKARANG. SYUKUR YA RABB.
DAH PANJANG DAH DAKU TULIS . CUKUP DULU UNTUK HARI NI.
WASSALLAM.
Jumaat, 17 April 2026
SEBELUM BALIK SAYA MOHON MAAF KERANA ALLAH.
ASSALAMUALAIKUM...
DAKU UCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KEHADIRANMU SELAMA INI. KESUDIAN UNTUK HADIR DENGAR CERAMAHPON BUAT DAKU GEMBIRA . BIASALAH SEGALA KESILAPAN BERLAKU KERANA TAK ADA DIALOG ANTARA KITA. SEBENARNYA PERANTARAAN SAHABAT DAN SAYA HANYA BACAAN PERASAAN SEMATA2. KITA BUKAN MALAIKAT UNTUK MEMAHAMI/ MEMBACA HATI MANUSIA. BERCAKAP DAN BERSEMUKA BARU JUJUR DAN KEFAHAMAN UJUD.
ALLAH CIPTA MULUT UNTUK BICARA. AKAL UNTUK MEMIKIRKAN HATI DAN KHALBU UNTUK MEMBUAT PERTIMBANGAN..SEMUA YG ALLAH ANUGERAHKAN ITU KITA TAK GUNAKAN.
TIBA2 SAYA TERFIKIR, MUNGKIN SALAH... APA YG SAYA TULIS PADA LAGU ITU.MUNGKIN BUKAN DARI SAHABAT..... MAAFKANLAH SAYA SEBAGAI SEORANG SAHABAT KERANA ALLAH. " Inni muhibbukum fillah" MAAFKAN KAN SAYA KERANA ALLAH . SAYA TAKUT PERJALANAN SAYA TAK BERKAT SBB ADA SALAH TERHADAP SAHABAT . DOAKAN SAYA DAN SAYA DOAKAN SAHABAT SELAMAT SEPANJANG HIDUP.
SAYA HARAP SAHABAT DAPAT MAAFKAN SAYA .
TERIMA KASIH.
Kasih yg dulu,
Monday, 11 March 2024
Kasih yg dulu,
Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang lain
Mengapa disayang.
Kasih yang dulu
Kasih yg dulu
Kasih dulu,
Mengapa dirindu.
Anak punai anak merbah
Turun mari buat sarang
Anak sungai pon berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang.
Kasih yang dulu
Kasih yang dulu
Tak kan sembuh
Jika tak ubati
Sayang... mengapa... di rindu.
Apa. Khabar..
-
Sedap sungguh gulai ikan Pari masak gulai rempah letak bendi. MaasyaaAllah sedap sangat. Syukur Rabbku.
-
Ceramah Ustaz Kazim last di Selangor Syawal 2026 sebelum menjalani rawatan jantung di Ipoh.
-
Thursday, 27 March 2025 Surah AT-TUR(17-28) Surah AT-TUR(17-28) By Noraini at March 27, 2025 Email This BlogThis! Share to X Share ...
-
Tafsir Surah Fatihah Ayat 5 [Bahagian 1] Salah faham bab perantaraan Fatihah Ayat 5: Ayat ini adalah intisari Surah Al-Fatihah. Kita tela...
