Memaparkan catatan dengan label Kami Pulang.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kami Pulang.... Papar semua catatan

Isnin, 5 Mei 2025

Lenggong, Kami Pulang...


Jom tidur awal...Esok akan bertolak balik... Sebelum pukul 4.00 am. Hmmm...Biar sihat.  Kena ambil lena. Orang tua perlu jaga kesihatan.   Bagus semua barang telah anis masukkan kedalam kereta.   Agak banyak barang  kali ini balik.  Baby ikut balik.  Untuk mengingat kembali nostalgia baby dengan adik dulu.  Adik dah bersemadi  disitu dgn aman. .   

Sambil daku menulis ni daku mendengar Dayangku Intan bertceloteh sambil memotong rumput.  Seronok si Dayang dapat anak lelaki yang buat kan video untuknya.  Bestkan anak ramai.   Anugerah Allah sebenarnya    Daku seronok tengok  Dayang bercerita sambil buat kerja.  ..Daku lihat Dayang berpakaian lengkap untuk berkebun sepertiku.  Jika nak merumput mudah lengkap dengan mesen rumput yang di chargenya..  Daku berpengalaman membeli mesen rumput tolak .."FlyMore " keluaran Electrolux" Itu mesen rumput  yang paling daku sayang.. Harga mesen rumput dahulu semasa daku beli hampir 3K.  Sekarang daku tak pernah jumpa   Semasa daku berada di Taiping daku masih menggunakan  "FlyMoreku"   Bila berpindah ke Syah Alam Daku sedekahkan ia kepada kakakku. Selepas itudaku beli mesen rumput tolsak juga jenis lain agak murah pada Flymore..tapi  produk lain cepat rosak.  

Masa balik kampong.  daku beli lagi satu jenis yang menggunakan letrik juga.   Selain mesen itu terdapat juga mesen rumput yang berat untuk kegunaan lelaki.  Yang itu daku takut dan tak pandai guna.    Mesen rumput yang sesuai untuk perempuan sahaja yang aku gunakan. kerana ianya sesuai dan  boleh di gunakan orang orang tua sepertiku...hmmmm. Aku sedar aku dah tua...

Daku seronok kalau tulis pasal berkebun.  Kena pakai baju tebal topi, kasut getah yang tinggi dan sempurna demi menjaga keselamatan kaki.  Hihi...Seronoknya berkebun...Daku biasanya membuat kerja2 yang dibuat oleh lelaki..  Daku memang "kasar".  Anak kampong yang kasar.  Semua dakiu buat sendiri.  Kadang2 sahaja daku biarkan orang lelaki melakukannya.  Masa daku kecil dulu, daku jugak pandai panjat pokok.  Jika nak ambil buah asam limau manis yang Pak tanam...panjat je...adikku  Maznah kakakku pon boleh panjat.. Bukan semua orang perempuan pandai panjat pokok.  Anak mak pandai panjat.  Tapi kita orang panjat tak lah berapa tinggi...hahhaha.  Pokok jumbu, pokok rambutan.pokok manggis, pokok nona, pokok limau bali,  pulasan, mempelam yang rendah2 je kita orang panjat.   Wow nostalgik sangat padaku. Hihi ...daku tulis melompat2 sambil dengar Dayanhgku Intan bercerita hingga mengadap malam...

Daku dah kena tidur nanti lepas pukul 3.00...kita orang kena bersiap untuk bertolak dan kita kena sampai RnR tasik beringin untuk solat Subuh...InsyaaAllah  ianya berjalan lancar.  Sahabatku semua ...Doakan daku agar selamat sampai ke Perak Negeriku.  Daku bukan tak sayang Negeriku tu..Sayang.   Satu hari nanti daku akan Pulang  .....Hmmm.. aku dah tua sangat..Dayang ku Intan berkebun saat hampir umur 60 tahun...Tapi...daku dah nak masuk 67...huuuuuu...Tua dah daku....hihi. Anakku dah tidur.  Kesian...Kena trive berkilometer ke utara...setelah tidur semalam denganku di Lenggong akan meneruskan perjalanannya ke Perkampongan Sunnah, di Negeri Perlis.  Moga dia selamat...Itu doaku.  Aamiin..

Lenggong Kami Pulang.



..

Apa. Khabar..