Memaparkan catatan dengan label doakan daku agar berjaya pada usahaku kali ini.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doakan daku agar berjaya pada usahaku kali ini.. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Januari 2026

Sahabatku , doakan daku agar berjaya pada usahaku kali ini.

UPDATE 31/1/26 BERSAMAAN 11 SHAABAN 1447 H. 

Wednesday, 1 October 2025

Sahabatku , doakan daku agar berjaya pada usahaku kali ini.

Assalamualaikum sahabatku...

Hari ini daku masuk fasa memulihkan lututku.  Daku benar2 berharap agar ianya berjaya.  Daku orang biasa2 sahaja.  Daku hanya mengharap peluang ini sahaja.  Daku orang biasa  tak punya banyak wang seperti orang lain yang pada bila2 masa mereka boleh mendapatkan rawatan dengan wang ringgit sendiri.  Doakanlah daku berjaya.  Kalau dulu daku buat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.  ianya bertahan agak lama  dan ku ulangi dengan memulihkan lututku ini di Hospital Tengku Ampuan Bainun Ipoh, ianya bertahan agak lama juga berbanding daripada kenalan kakakku yang pemulihan mereka cuma setahun sahaja.  Moga daku berjaya .

  Doakanlah daku.  Itu sahaja harapanku kerana peluang bagiku,  bukan datang banyak kali bagi orang sepertiku ini.  Daku cuma berhadap agar daku dapat solat dgn sempurna dan sihat dalam usahaku untuk mengerjakan Umrah pon satu hari nanti Mengerjakan Haji.    Moga  Allah pulihkan dengan penuh rasa syukur sebagai sebagai seorang yang hidup sederhana ini.  Ya Rabb moga daku berjaya.  Itu doaku.  Permudahkanlah urusanku hari ini. 

 Sahabatku , doakanlah daku nescaya daku doakan sahabat.   Meskipon siapa sahabat daku tetap doakan agar sahabat bahagia dunia akhirat dan dengan doaku itu daku pulak akan mendapat doa dari malaikat.  Aamiin.

Terima kasih.



ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU.

SEDIHNYA BILA INI DI VIEW.   YOU MESTI ORANG YANG MENGENALIKU  JIKA TIDAK YOU TAK INTERESTED PUN UNTUK MELIHAT INI.  JIKA YOU PERNAH MENDOAKAN UNTUK KU,  TERIMA KASIH BANYAK2.  DAKU  UPDATE TENTANG KU DI SINI HARI INI YA ! 

YA..ISNIN LEPAS DAKU MASIH KE PUSAT PHYSIOTHERAPY DI HSAAS, UPM.   DAKU MASIH DALAM  RAWATAN  PHYSIOTHERAPY  SEBULAN SEKALI.  SEBELUM INI DAKU TELAH BEBERAPA KALI JALANI PHYSIOTHERAPY.   SEMUANYA BERJALAN LANCAR. KAKIKU BERTAMBAH KUAT.

 DOKTOR MAHU DAKU JALANI PHISIO SELAMA 6 BULAN.  DALAM MASA 6 BULAN INI BARULAH  AKAN TAHU KESAN DARI SUNTIKAN YANG MEREKA LAKUKAN.   BERJAYA ATAU TIDAK RAWATAN YG MEREKA BERI.   RAWATAN DAN LAYANAN MEREKA  SANGAT MEMUASKAN HATI. 

 IANYA AGAK BERBEZA DARIPADA  , RAWATAN YANG SAYA JALANI DI HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH DAN  HOSPITAL RAJA PEREMPUAN BAINUN DULU.  AGAKNYA DAHULU TU MEREKA BIARKAN SAHAJA KERANA SAYA BUKAN  WARGA EMAS KOT.   DULU SELEPAS MENDAPAT SUNTIKAN , TAMAT DI SITU  SAJA.  MUNGKIN PADA MASA ITU PHYSIOTHERAPHY TIDAK  PERLU DI LAKUKAN.

 HIHI.  BERBEZA BETUL.   MUNGKIN TREATMENT SEKARANG LEBIH TELITI SIKIT AGAKNYA.   SO TERIMA KASIH JIKA SAHABAT MENDOAKAN SAYA.  INSYAALLAH DAKU BERTAMBAH KUAT.   DAKU KENA BERUSAHA BERSUNGGUH2 JIKA DAKU NAK PERGI UMRAH.    SAHABAT DOAKAN SAYA  YA. TQ