Amalann yang mengalir selepas kematian.
1) Tanam pokok korma atau keadaan sekarang tanamlah pokok buah2an
Biarlah pokok itu dinikmati oleh orang sekeliling...mereka menikmati buah2an tersebut. Sekarang nak tanam pokok dah susah...kalau ada duit kita beri makan orang. Kalau kita tak nak lapar di padang mahsyar..esok...Cari orang miskin...sedekahlah walau hanya sebelah korma.
2) Kita menyampaikan satu hajat saudara kita yang Islam...Allah akan sampaikan seribu hajat kita di akhirat...Beri sedekah, berilah pertolongan semampu kita.
3) Jangan hendak tinggalkan sisa2 kesalahan kita di dunia ini. Cepat2 lah meminta maaf dan carilah orang yang pernah kita sakiti, selesaikan di dunia ini sesegera yang mungkin, jangan sampai ramai orang yang cari kita. Semua orang cari kita,orang yang kita umpat,orang yang kita maki,orang yang kita marah. Jangan kita bawa segala kesalahan kita kesana. Cepat2 kita minta maaf kepada mereka. Seboleh2nya...
4) Tanamkan perasaan kita hidup semata2 untuk Allah dan Rasul...Jika orang buat masjid berlumba2 berderma...Jika ada yang nak wakaf Quran beusaha memberi,bersedekahlah semasa hidup janganlah kita meminta untuk dihidupkan kembali, untuk memberi sedekah.
5) Berbuat baik kepada anak2 kita... Untung yang ada anak, yang selalu meminta ampun untuk kita, Kita doakan mereka selalu dan maafkan mereka selalu nescaya mereka akan mengingati kita. MaasyaAllah moga kita grab semua ini masa kita hidup di dunia yang menjadi pentas sementara ini. Aamiin.
6) Mengajar ilmu kepada sesiapa sahaja di dunia ini. Betapa bertuahnya mengajar orang membaca Quran, mengajar ilmu 2 Fardhu Ain fardhu Kifayah, Ilmu Tauhid ,Ilmu Tasauf dan......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan