Hari ini menu mudah sambal Sotong Buncit di tumis dengan terung cawin/terung pipit. Sambal Kelapa dengan Ulam Kacang botol/kacang sayap, roti John Anis buat, samosa anis daku tolong balut ja. dan air sirap longan. Pon dah cukup hingga daku lupa buah pembasuh mulut, masa makan...hihi
Air longan sirap ini pon telah menghilangkan dahagaku.
Roti John anakku buat...Eh! sedap pada yang selalu dibawa balik Anis bila habis mesyuarat tu...
Kacang botol/kacang sayap kegemaranku, sedap sangat bila dicicah sambal kelapa/sambal nyior.
Samosa Anis, daku tolong balut. Sedap sangat kerana rangup ,tidak berminyak seperti yang dibeli.
Memang sedap buat sendiri
Sotong Buncit Tumis dengan Terong Cawin/ Terung Pipit. Memang mengancam di tumis dengan Ibu sambal yang baru kami buat tadi.
Menu simple hari ini pon dah mebuatkan aku bersyukur pada Allah yg menganugerahkan daku rezeki..Ya Rabb aku bersyukur padamu meskipon masa makan ku teringat anak2 dan orang2 di Gaza berbuka dengan rebusan rumput...Kau balaskan lah mereka dengan SyurgaMu yang melimpah ruah kenikmatan itu Ya Rabb. Sabarkanlah mereka. Kau kuatkanlah daya tahan mereka menghadapi Ramadhan ini Yaa Rabb Allah Yang Maha Kaya. Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan