Indahnya isteri yang di nafkahi suami... MaashaaAllah... janganlah isteri2 tak bersyukur dan tidak taat kepada suami.
Jika mereka tidak bersyukur dan tidak taat kepada suami, di situ mereka tidak berhak mendapat nafkah. MaasyaaAllah. Seronoknya menjadi wanita yang disayangi dan di nafkahi dalam satu rumahtangga "mawardah warahmah..." Isteri...banyak2lah bersyukur. Naik saksilah jika suami menafkahimu , mereka adalah orang yang benar2 baik dalam Islam.
Wahai lelaki, jadilah lelaki yang gentleman dengan memberi nafkah kpd isteri. Sukanya aku lihat mereka2 yang di nafkahi suami dengan seadil2nya. Berilah kasih sayang mu kepada isteri denagn mengajar ilmu agama kepada mereka sebagai tanda sayang kita kepada mereka. MaasyaaAllah. Bertuahnya perempuan yang bernama isteri.
Di sebaliknya pulak, Jika lelaki yang bersyukur apabila isteri menolong/menafkahi/sedekah, mereka hendaklah bersyukur...Jika tidak bersyukur itu sebabnya Allah tarik kembali keindahan yang didapati. Kegagalan bersyukur menjadikan terputuslah rezeki dari Allah
Bukan semua isteri berkira...macam yg ditayang2 dan diwar-warkan di media sosial....Bukan semua perempuan begitu. Nafkah adalah ibadah (Jika dari pihak isteri ianya menjadi sedekah) Belas dan kasihan menjadikan perempuan sanggup ambil tanggungjawab disamping mendapat pahala dari Allah Azzawajalla.
Betapa ruginya lelaki yang dihidangkan makanan setiap hari, dihormati, setiap hari dimanjai dengan segala kerja mendapat tolak ansur dari isteri, tetapi mereka tidak dapat melahirkan sikap bersyukur , maka dengan sikap itulah Allah tarik kembali rezeki yg Allah beri. Suami sekali2, jauhkan dari sikap sombong kerana sombong itu pakaian Allah. Marilah kita hidup dengan merendah diri Sabar dan Redho serta Bersyukur kepada Allah. Aamiin. Moga benarlah apa yang daku coretkan ini. Dari pengalamanku sendiri. Harap ianya mendapat iktibar dari sesiapa sahaja perempuan dan lelaki yang membacanya.