Hari ini upah Mariam buat Nasi daging untuk di makan bersama di bulan Ramadhan. Faiz hantar Rumah maknya , Mak Andaknya, Rumah Kakak Aini Rohaya, Rumahku,dan Rumah Linda sahabat Anis. Terima kasih Mariam kerana masih sudi ambil order makanan utara sedangkan Mariam orang Terengganu...Bagus mariam. Daku dapati dagingnya banyak sungguh dan daku kata boleh di kurangkan lagi 3 keping.
Kuah soup pada yang nak letakkan kuah
Ini Nasinya yang sedap dan Lihat dagingnya yang sangat melimpah. Lain kali Mariam boleh kurangkan dlm 2 atau 3 keping lahgi komenku. Moga Mariam dan Faiz di Rahmati Allah.
Ini sambal kerisiknya. bagus Mariam . Mariam minta tolong di komenkan sambal yang orang Terengganu buat sambal kerisik orang utara...InsyaaAllah lepas ni boleh mantap lagi lagipon Mariam puasakan..Apapon Thumbs Up buat mariam dari Mak CIk...Syukur ya Rabb. Mereka boleh.
Anis tambah dengan goreng kerokok leko ini. Ini keropok Lekor Losong Terengganu. Sangat Mantap. Lembut dan memang sedap. Ni keropok Losong yang di packkan dan dijual di Kedai Frozen di sini. Alhamdulillah sedap dan boleh di beli lagi. Rait...kataku. Yummy...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan