Isnin, 25 Mac 2024

Hari ini anakku masak daku rehat.

Hari ni anakku masak.  Bebas nak masak apa.  Aku tak tolong.  Dia masak Tom Yam udang dan sotong serta sayur brokoli dan tomato. Komenku sedap.  Goreng Cendawan Itake celup tepong sedap very spicy. Daku suka.  Telor  dadar awe, tak masuk apa2 pon selain garam dan pak aji, daku suka, kangkung goreng belacan mempelam serta air sirap letak buah kabung...memang aku suka buah kabung.
 

Kangkung tumis belacan memang sedap bila makan dengan telur dadar cara awe masak.  Simple tapi sedap.


Masak Tom Yam  Sea food cara anis  letak brokoli dan tomato.  Udang dan sotong.  Pon daku makan berselera sebab orang lain masak daku suka sangat.  hihi.



Ini cendawan itake  anis goreng dengan tepong goreng hot n spicy.  Tepong ini bila kena cendawan dan digoreng jadi pedas dan sedap sangat.kena cendawan ni sedap sangat.


Ini telur goreng biasa ,hanya masukkan garam dan aji nomoto saja daku request...daku makan di kedai awe orang kelantan, rasanya sedap tanpa bawang dan cili..


Ini sirap buah kabung...Daku memang suka buah kabung...anis tak gemar. Dia beli untukku.


Mempelan sejuk keluar peti sejuk.  Hanya buat basuh mulut ja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan