Rabu, 1 Julai 2026

 Masih hari putih...InsyaaAllah ...boleh.

Semalam ingatkan dah tak boleh...Ikut apa yg Allah buat Eni.  Semua ditangan Allah.Aamiin

 Moga kita sentiasa dalam Rahmat Allah.  Serahkan pada Takdir...Kita dah terlambat..kan. Jauh dari benci...Daku seorang yang setia.  Hingga ke akhir nyawa. Dulu kau tak cari aku...Sekarang aku dah tua dah...Di dalam hati mu ada aku?  ...Aku pon....

Berpaksikan Allah dan Rasul.   Aamiin.

Khamis, 2 Oktober 2025

 

Isnin, 1 Jun 2026

 

 MaasyaaAllah...Daku akan baca esok hari...Tq atas penemuan ini. Lama dah ni... 

Khamis, 7 Mac 2024

Redha terhadap ketentuan Ilahi


Yaa Rabb, Aku kena kuat...


Sifat Redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t. Pengetian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Redha terhadap Allah s.w.t. terbahagi kepada dua iaitu:

1. Redha menerima peraturan (hukum) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
2. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

1. Redha menerima hukum Allah s.w.t.

Redha menerima hukum-hukum Allas s.w.t. adalah merupakan manifastasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan takwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. Mereka tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t dan Rasul-NYA adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepada-NYA. Pada dasarnya segala perintah Allah s.w.t baik yang wajib mahupun yang sunat, hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t hendaklah dijauhi dengan lapang dada.

2. Redha dengan Qada’

Redha dengan qada’ merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah (malapetaka). Di dalam hadis yang diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t iaitu mereka memuji Allah s.w.t (bertahmid) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan yang senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata: “ Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-NYA menjadi sempurnalah kebaikan”. Dan apabila mendatangkan perkara yang tidak menyenangkan, Baginda mengucapkan: “Segala puji bagi Allah atas segala perkara”.

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada 2 pengertian:

PERTAMA: Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi diri-NYA kerana DIAlah sebaik-baik Pencipta. Dialah yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

KEDUA: Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t itulah yang paling baik, dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sungguh Allah Maha Mendengar dan Mengetahui.  Aamiin.  Sungguh Allah Maha Pengampun Maha Penyayang. Wahai Orang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas org sebelum kamu agar kamu bertakwa. Ya itu beberapa hari tertentu. maka barang siapa diantara kamu sakit dalam perjalanan maka wajib menggantikan nya pada hari yang lain...Bulan Ramadan...Barang siapa berada dibulan itu maka berpuasalah...

Surah Al Baqarah..Katakan Aku dekat...

 

Isnin, 27 November 2023

Ke Grik

 MOGA ALLAH BERI RAHMAT ATAS APA SAHAJA YG BERLAKU.  DAKU AKAN GO WITH THE FLOW...TERUS MELANGKAH ENI... KAU KENA KUAT... 

Mengapa ya pi Grik ni.  Ntah... Bandar ni bawa banyak kenangan masa daku mude...
Moga Allah pelihari seluruh Jiwa ragaku...Aamiin.
Taman kenanganku telah lama berubah menjadu usang...tapi ada tika2nya daku pergi bertandang ke situ.  Rabbku ...Simpankanlah kenangan agar bertambah Redhiku padaMu

 

Khamis, 4 Jun 2026

 

 

Isnin, 18 Disember 2023

Hi Selamat Pagi

 

Assalamualaikum. SELAMAT PAGI MOGA DLM RAHMAT ALLAH SENTIASA. MULAKAN HIDUPMU DGN SYUKUR. ALHAMDULILLAH. AAMIIN