Selasa, 23 Jun 2026

Lenggong daku pulang sekejap aja...

HUJAN...SUDIRMAN..


Aku suka betul hujan.
Hujan akan ingatkan aku pada  Mak , Pak, keluarga...
Maasyaa Allah.   Damailah mereka di sana Rabbku. 

hujan yang jatuh di atas daun2 keladi di tepi asramaku dulu, 
daun keladi menari2 di depan mataku...
sedeh kan.
Kau datang dan kau pergi jua...RINDU LAGI...

hujan yang jatuh di atas dauh2 pisang di depan rumahku ...terus menemanggil aku pulang...

Rinduuuuuuu Lagi...
Lenggong daku pulang sekejap aja...
Aku akan pulang.  Sekejap aja.
Cukup.

Seorang tua di kaki gunung..akan pulang kerana rindu yang tak sudah.  Daku sebenar nya teringin sangat nak tengok pokok mestaku yang berbuah tu.  Pin kata sedap manis buahnya.  Memang manis macam manggis biasa tu tapi daku nak lihat teksturenya adalah ciri2 rapuh ...krup krup macam yang daku pernah makan dulu.  Daku rindu nak tengok bagaimana dia masak di atas pokok tu.  Cantik masa daku pulang dulu.  Daku sakit kaki sangat2, ketika itu..tak dapat nak tengok lama.  Daku kuatkan kaki jugak keluar...tapi sekadar sekejap saja.   

Daku harap Pin dapat baja pokok2 ku.  Daku baru nak tunjukkan pin pokok2 tu...dimana avokado, dimana pokok cermai, mata kucing. merapoh limanu yang tak berbuah2 tu...

Jom Eni...sambung balik.




 




Oh hujan ..
Diantara airmataku...
O pilu...
Kucuba melupakan kenangan masa silam...
semakin aku mencuba semakin tersiksa..
inikah yang kau tinggalkan 
ok kasih...

 

 



Sedap lagumu Aris...!
Tiba2 ja aku dgr lagu di waktu2 begini...
Ini waktu2 ibadat...
Kejap ja Eni...

 


Lagu yang telah mula dilupakan...


Semoga tenang dia di sana.
Sedap lagu yang lahir perasaan kekecewaan dari perpisahannya dengan Key.



 

 Assalamualaikum.

Eni....Jangan disalahkan dengan takdir yg berlaku,  kerana milik Allahlah segala Takdir.

 Kau bebaskan dirimu  dengan ucapan

" ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL"

 Eni ...masa dah hampir nak tamat.  Jangan kau cuba menagih belas kasihan insan kerana kau kena tahu Insan akan memperlakukan sesuatu hanya untuk hati mereka sendiri sahaja.  Engkau mesti kena besar di sisi Allah meskipon kau memang kecil kerdil dan bukan siapa2 untuk di ingat, di kenang.  Disisi  Allahlah segala sesuatu.   Teruskan perjalananmu.   Kau kan dah cuba. 

Jika hidupmu untuk manusia...   Allah akan lepas kau kepada apa yang kau harapkan dan jika hidupmu utuk Allah, akan Allah perlihara setiap langkahmu.

Jagalah Allah...Allah akan jaga kita.

Rabbku ...Tiada daya dan upaya untuk aku menolak sesuatu melainkan kehendak-Mu Rabbku. 

Tiada Tuhan melainkan Engkau , Mahasuci Engkau sesungguhnya akulah orang yg menzalimi diri. 

 Rabbku...permudahkan aku dalam perjalananku nanti.  Peliharalah keselamatanku, anakku dan anak keponakanku nanti. 

Rinduku akan membawa daku bertemu mereka moga mereka juga selamat dan sihat disisiMu.   Aamiin.

Moga daku dapat kembali kesini lagi untuk ku jalani hidup yg tersisa ini dan panjangkan lagi hayatku supaya daku dapat lagi beribadat kepada-MU . Moga Ramadhan dapat ku tempoh lagi...InsyaAllah doaku pada-Mu Rabbku.

Moga Dikau permudahkan urusanku esok hari.  

Aamiin...Rabbku.



Rinduku akan membawa daku bertemu mereka moga mereka juga selamat dan sihat disisiMu.   Aamiin.


  



 

Monday, 13 October 2025

Keajaiban Sedekah: Amal Sederhana, Pahala Tak Terhingga

 

Isnin, 15 Januari 2024

Doaku untukmu hari ini



THANKS 4 THE DOA'S

Isnin, 22 Jun 2026

 

 

 

 

 

Selasa, 27 Februari 2024

Kakakku call untuk pergi PD,

 

Banyak Muslim Keliru! Shalat Qashar Itu Wajib, Bukan Sunnah - Ustadz Amm...



 


 

 WELCOME...MARHABBAN




 

Al Qariah...Mal Qaariah...Suasana yang dahsyat bila manusia menjadi kalkatu.  Wataku nul jibal..Gunung2 hancur macam, kapas.
Sekelip mata...


 

 


 

 

BERAPA BANYAK WAKTU & ENERGI UNTUK MEMBELI BARANG DAGANGAN ALLAH INI | U...


Kita guna law org kafir..Allah lihat kita dari atas sana..( Apa pendapat you tentang Law yang kita  miliki sekarang?  )  saja ja tanya,..masa lewes(masa dah tamat)) ..kita sekarang di dewan peperiksaan Allah.  Mari kita bersedia untuk berlumba2 menujunya. 

Gagal atau menang?
Dimana kita berada sekarang..dunia akan berakhir...di mana engkau di mana aku...kiamat akan tiba ,matahari akan padam...matahari sekarang kekuningan...allah istiharkan matahari akan padam.  Laut terbakar...air terbakar...bomba mana lagi nak padannya...Kita nak lari mana ..bintang akan berakhir...manusia akan berakhir Allah kata": demi bintang bila dia jatuh dan Allah gambarkan hari kiamat:  APABILA LANGIT TERBELAH..BILA SELURUH PLANET JATUH TERPELANTING APABILA LAUTAN ...APABILA KUBUR REBONGKAR...'''WAHAI MANUSIA APA YG ENIPU KAMU...HIDUP PENUH PENIPUAN,...MARILAH MAHASABAH DIRI ...HARI A;LLAH TUKARKAN BUMI  DGN BUMI LAIN DAN LANGIT INI DGN LANGIT LAIN ..TEMPAT YG TERBUKA ...KEPOUTUSan peperiksaan akan di umumkan...bahagia lah...yg berjaya.  Mari kita sama2 berfikir tentang kegempaan akhirat...
Moga kita semua selamat.   Ya Rabb selamatlah kami di padang mahsyarmu Rabbku....

 

 

 

Isnin, 29 September 2025

Salam...

 Assalamualaikum... 

Esok Isnin... 

Jom posa jom

Awak pose?  

Waaa...Bagusnya...

Ilmu Hakikat?


 





 

 

Ahad, 14 September 2025

Bukti Jadi Sejarah


Tahu !!!...You tahu tak...? Ini semua dah tersurat dah sejak di Loh Mahfus 50 000 tahun sebelum terciptanya dunia ini.    Redho ja la.  I terpercaya.  So tu sbb semua ni terjadi...So maafkanlah I...Masa tu i mude sangat lagi kan...

 

Isnin, 24 Jun 2024

NASIHAT MENYENTUH HATI | BAGI YANG LELAH MENUNGGU PERTOLONGAN ALLAH - US...

Ahad, 21 Jun 2026

 

AL-KAFI #694 : PERLUKAH SUJUD SAHWI JIKA IMAM MENINGGALKANNYA ?

Soalan :

Assalamualaikum Ustaz, apakah hukum jika imam tertinggal qunut subuh dan tidak melakukan sujud sahwi atau sengaja meninggalkannya, adakah wajib kita sujud sahwi selepas imam memberi salam ?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Pertama sekali, perlulah kita ketahui apakah definisi sujud sahwi dan keadaan-keadaan yang menyebabkan berlakunya sujud sahwi.

Menurut kitab al-Feqh al-Manhaji : Al-Sahwu adalah suatu kekurangan yang berlaku pada orang yang sedang solat di dalam solatnya. Sama ada ia berlaku secara sengaja ataupun secara terlupa. Dan sujud - tempatnya di penghujung solat - sebagai jabr (suatu yang menguatkan) kekurangan tersebut. Rujuk Al-Feqh al-Manhaji (1/172).

Perbuatan sujud sahwi ini adalah bersumberkan kepada sebuah kisah yang masyhur sebagai kisah Zul Yadain, yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:

صَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم الظُّهْرَ أَو الْعَصْرَ ، فَسَلَّم ، فَقَالَ لَهُ ذُو الْيَدَينِ : الصَّلَاةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَنقصت ؟ فَقَال النبيُّ صلى الله عليه وسلم : أَحَقٌّ مَا يَقُول ؟ قالوا نعمْ ، فصلَّى ركْعَتَينِ أُخْرَيَتين ، ثمَّ سَجَدَ سَجْدَتَين

Maksudnya: Nabi S.A.W mengimamkan solat zohor atau asar bersama kami. Kemudian baginda memberi salam. Maka berkata Zul Yadain kepada Nabi : Solat wahai Rasulullah, adakah kau telah mengurangkannya ? Maka Nabi S.A.W bersabda : Benarkah apa yang dia katakan ? Maka para sahabat pun berkata : Ya. Lalu baginda melakukan dua solat yang berbaki, kemudian sujud sebanyak dua kali.

Riwayat al-Bukhari (1169).

Di antara sebab yang menuntut kepada sujud sahwi adalah: Seseorang itu meninggalkan salah satu dari sunat ab’adh di dalam solat. Sunat-sunat ab’adh di dalam solat adalah beberapa perkara berikut:

• Al-Tasyahhud Al-Awwal 
• Selawat ke atas Nabi S.A.W selepas tasyahhud yang pertama. 
• Duduk untuk tasyahhud awal. 
• Selawat ke atas ahli keluarga Nabi S.A.W sesudah tasyahhud akhir. 
• Qunut semasa i’tidal pada rakaat kedua solat fajar.

Di antara dalil yang menguatkannya adalah sebuah riwayat daripada Al-Mughirah bin Syu’bah, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا قَامَ أَحَدُكُم مِنَ الرّكْعَتَينِ فَلَمْ يَسْتَتِمَّ قَائِمًا فَلْيَجْلِسْ ، وَإِذَا اسْتَتَمَّ قَائِمًا فَلَا يَجْلِسْ ، وَيَسْجُدْ سَجْدَتَي السَّهْوِ

Maksudnya: Apabila salah seorang dari kamu bangun daripada dua rakaat, dan masih belum berdiri sempurna maka hendaklah dia duduk. Dan apabila telah berdiri dalam keadaan sempurna, janganlah dia duduk serta dia sujud sebanyak dua kali sujud sahwi.

Riwayat Ibn Majah (1208)

Riwayat di atas menunjukkan bahawa sekiranya seseorang itu terus bangun daripada tasyahhud awal, sekiranya dia telah berdiri dalam keadaan sempurna, hendaklah dia teruskan dan jangan duduk semula. Sebaliknya dia perlu melakukan sujud sahwi.

Kesimpulan

Berdasarkan beberapa penjelasan dan hujah yang kami kemukakan di atas, seseorang imam yang tertinggal atau sengaja meninggalkan doa qunut semasa solat subuh, adalah disunatkan untuk dia melakukan sujud sahwi. Namun sekiranya dia tidak melakukannya, ini tidaklah membatalkan solatnya. Ini kerana, sujud sahwi hukumnya adalah sunat apabila berlakunya sebab-sebab yang tertentu seperti yang telah kami sebutkan.

Manakala bagi makmum pula, adalah menjadi tuntutan untuk dia mengikut imamnya dalam pergerakan solat. Sekiranya imam melakukan sujud sahwi, hendaklah dia turut melakukannya. Namun sekiranya imam tidak melakukan sujud sahwi (apabila telah berlaku sebab yang menuntut), maka tidak perlu untuk makmum melakukannya setelah imam memberi salam. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang benar dalam beragama. Ameen.

Khamis, 20 Februari 2025

Kongsi ilmu,

 

1)       Isnin, 3 Jun 2024

###############################################################################


2)    Selasa, 29 April 2025

Buat kau yg sentiasa ada untuk tahu...


 

Khamis, 12 Disember 2024

11 Disember 2024,“40 HADIS ASPIRASI KEJAYAAN RASULULLAH”Ustaz Ahmad Al-Q...


Sabar , Redho dan Syukur
Doa iftitah yang di riwayatkan oleh Imam Muslim... Dari Sahabat, Abu Salamah.

Rasulullah baca doa ini sebelum baginda memulakan solat Qiam malam.

Allah humma rabbal jibrail, wa mika il waa is rafil, faa tiras sama wa ti wal ard. A' limal ghai bi wash sha ha dah, an ta takh ku mu bai ni iba di ka ki ma iba di ka nu fi hi yakh talifun ih dini li makh tuli fafih hi minal haq ti bi iz nih.


Ya Allah Engkaulah Tuhan Jibril,Mikail, israfil, Yang mula2 mencipta langit dan bumi,
Paling mengetahui benda yang tersembunyi dan benda yang nyata,
Engkaulah tuhan yang memberi keputusan kepada hamba2 kamu yang berselisih,
Tunjukkan kepadaku apa2 yg di perselisihkan ini dan benda itu cenderung kepada kebenaran dengan izin Kamu

Doa ini menepati tempat kedua selepas doa Istiqarah yang Nabi ajar.


(Rujuk doa di perisai Muslim.)

 

Ahad, 20 Julai 2025

Wahai orang2 beriman janganlah kamu jadikan orang kafir sebagai pemimpin selain dari orang mukmin,






Wahai org yg beriman... Jika kamu tidak berjaya melawan dengan teguranmu maka lawanlah sekadar dgn hatimu, maka itu adalah serendah2 iman yg kamu boleh lakukan... Allah Maha Melihat...
Berimanlah kepada Allah.