Memaparkan catatan dengan label Anak keponakanku yangku simpan kenangan sedih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak keponakanku yangku simpan kenangan sedih. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Julai 2025

Kenanganku dgn Ustaz Muhammad Nur, keponakan ku... ,

 



Tahniah anak keponakanku Muhammad Nur bin Abd Manaf berkhutbah di Masjid Kota Baru Gopeng Perak hari ini.  Mak cik tengok  gambar ni terus Mak Cik mengimbau Muhammad masa Mak Cik dan Abang Aley (Shahril)  hantar Muhammad puluhan tahun dulu masa Muhammad darjah satu masuk ke sekolah pondok di Matang rasanya tak salah Mak Cik untuk belajarTahfiz di pondok itu.

Masa Abang Ale letakkan barang2 Muhammad...
Mak Cik dah mula sedeh.  Masa Mak Cik peluk Muhammad dan Mak Cik ucap selamat belajar air mata Mak cik dah mula tergenang...

Saat bye bye tengok Muhammad kesaorangan menunggu kawan yang belum tiba, Mak Cik sedeh kerana di kegelapan petang itu Mak Cik lihat usangnya sekolah pondok yang Kak Emi dan Abang Manaf letakkan anak untuk belajar.  Baru darjah satu pulak tu.   Besar dan kuatnya jiwa Abg Manaf dan Kak Emi.  Hebat. Bagiku.

Daku bye bye dan terus mengalir air mata kesedihan hingga sampai ke Kamunting.  Sedeh sungguh masatu..Daku dah Cikgu mengajar di sekolah yang cantik,...betapa tak sedeh...
Akhirnya Muhammad berjaya juga dalam bidang Agama.  Menjadi Al Hafiz  dan Cikgu seperti Mak Cik tapi lagi hebat .  Cikgu Agama begitu juga Abang Aley . Tahniah. 
 Mak Cik tabik.

Tahniah Abg Manaf dan Kak Emi berjuangan mendidik mereka hingga berjaya.

Moga mereka terus memberi khidmat kepada Islam dan anak bangsa.