Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.
Daku kena bersihkan Blogku ini agar dapat aku tinggalkannya dlm
keadaan bersih. Banyak dah yang daku clearkan...syukur sahabatku
view sehingga daku ketemu kepincangan di sana sini. Syukur ia dapat
daku bersihkan. Terima kasih teman2. View anda menyelamatkanku..
Banyak perkara dalam hidup ini kita perlu tinggalkan sementara.
Tapi bayangkan jika kita terpaksa tinggalkan buat selama2nya !
Bagaimana? MaasyaaAllah moga Allah bantu daku dalam
menguruskan hidupku yang belum sempurna ini untuk menemui-Nya.
Moga sahabat2ku semua terus melayari Blogku ini agar daku dapatlah
sedikit pahala untuk bekalan akhiratku.
Daku percaya...bila mendengar ceramah ustaz kita akan merasa damai.
Bagi pelawat dari luar negara...moga2 mereka dapat menambah Ilmu
Agama dan mudah membuat pencarian lantaran video2 yg daku
letakkan ini merangkumi berbagai topik dan permasaalah Agama.
Andaikata, bukan Islam yang melihatnya pula harapanku agar
mereka dapat mengenali Islam dgn lebih dekat lagi.
InsyaaAllah. Rabbku... berilah Taufiq-Mu dan Hidayah-Mu kepada
yang membaca dan yg mendengar Ceramah di sini. Aamiin..
Ya Rabbal a'alamin.
Moga tiada lagi cerita2 laghoku ada disini. Moga daku
dapat uruskan lagi selepas ini. Ya Rabb jadilan kepulanganku
menyeronokkan keluargaku. Daku tahu ada yang merindui
kami dan kami merindui mereka. Anugerahkanlah keselamatan
kepada kami semua. InsyaaAllah. Selamatkanlah perjalanan kami.
Moga tepatlah masa kami, bertolak dan elakkanlah daripada
berlaku perkara2 yang tidak diingini kepada kami. Sehatkanlah
kami dan jauhkanlah daripada sebarang kesulitan baik kecil
mahupon besar. Tuhanku ...jadikanlah semingguku happy tanpa
ada masaalah yang timbul .
Rabbku...Moga anakku bertolak ke Perkampungan Sunnah dengan
selamat. Permudahkanlah perjalanannya. kesana. Sehatkanlah
dia agar dapat memandu dan sampai ke sana dengan selamat.
Anugerahkanlah mereka kedamaian dalam menuntut ilmu
dan ikhlaskanlah mereka kerana-Mu Tuhanku. Sihatkanlah anakku,
anak2 saudaraku serta cucu2 saudaraku. Permudahkanlah urusan
menuntut Ilmu mereka .Aamiin....