Sabtu, 28 Februari 2026
Selamat berpuasa dan beibadat hingga ke "10 malam2 terakhir Ramadhan amalan Rasulullah."
AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Saturday 28 February 2026
Wednesday, 25 February 2026
Rabu, 3 Julai 2013
Rabu, 3 Julai 2013
AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat Fillah yang dirahmati Allah, Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.
Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar.
Antaranya: Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.
Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu.
Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.
Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”
Ketiga : Memperbanyak doa. Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. ” Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.” Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu. Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa.
Sahabat yang dimuliakan, Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat.
Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar. Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada mereka, jauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama.
~ Semoga bermanfaat & Selamat Beramal ~
BELAJARLAH DIAM ! JAGA LISAN MU, JANGAN SAKITI HATI SAUDARA MU - Ustadz Syafiq Riza Basalamah
Jumaat, 27 Februari 2026
Saturday, 14 February 2026 4 Januari 2026, “SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB SUATU KAUM”
Saturday, 27 February 2026 Bersamaan 9 Ramadhan 1447 H
Throughout her life, the single mother never dared to dream of such a thing, until Trinh Ho appeared
SHARIFAH AINI -MAWAR PUTIH BUAT MAMA.
UPDATE 26/2/26 BERSAMAAN 8 RAMADHAN 1447 H.
Thursday, 27 June 2024
Khamis, 26 Februari 2026
Kitab Ar-Rahiq Al - Makhtum
Sabtu, 9 Disember 2023
Kitab Ar-Rahiq Al - Makhtum
Kitab terhasil dpd kajian Sheikh Sofiyyurrahman al-Mubarakpuri terhadap sirah Nabi Muhammas S. A. W Kajian dibuat secara terperinci bermula daripada latar belakang masyarakat Arab, keturunan baginda SAW wafat. Ia dikusahkan mengikut kronologi dan diriwayatkandari sumber2-sumber yang dipercayai. Bagi edisi ini, terdapat beberapa kemaskini yang telah di buat oleh penulis sebelum beliau meninggal dunia.
Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah. (Ceramah Ustaz Muein)
UPDATE 26/2/26 BERSAMAAN 8 RAMADHAN 1447 H.
Tuesday, 6 January 2026
Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah. (Ceramah Ustaz Muein)
Update 7/1/26 Bersamaan 17 Rejab 1447,Bangi
Rabu, 28 Mei 2025
Marilah kita bersama mendalami Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"
Ya Rabb...".Fahamilah kami Al Quran Kitab Allah...Letakkan Quran di depan dan di ikuti dan jangan letakkan Quran di belakang tanpa di ikuti kerana Quran itu ialah mukjizat boleh merubahkan manusia yang memahami Al Quran dan ikuti ajaran Al Quran. Marilah kita bersama Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"
Kadang2 kita nampak orang itu bahagia tetapi tak bahagia. Kadang2 kita melihat orang itu tak bahagia tetapi dia bahagia ;
Kata Rasulullah SAW
Jadi yang Allah tengok amalannya tu, kadang2 rumahnya kecil, Allah pandang dia walaupon dia miskin.,tapi orang kaya umahnya besar tapi Allah tak pandang dia ,maka Kebanyakan orang kadang2 jadi hamba orang, hamba nafsu, amalan akan sia2 di sisi Allah. Walau rumah kecil. Quran kata " Yaa aiyu halazi ku an fusikum waahli naaraa. Waku yuhanna wal hijarrah"
Wahai orang beriman jagalah diri kamu ,anak2 kamu daripada api neraka, Allah tak kata,Allah tak kata jagalah diri kamu anak kamu dari kemiskinan...
Allah tak kata jagalah diri kamu dan keluarga kamu dpd penyakit,tapi Allah kata jagalah diri kamu dan anak2 kamu daripada api neraka, tak ada satu yang Allah kata jagalah diri kamu dan ahli2 kamu dari kemiskinan...kenapa Allah tak kata begitu?...sebab miskin bukan lah berdosa,, miskin bukan masaalah kalau miskin tak ada masaalah tapi kalau kaya ,dia tak solat dia berdosa jadi Allah kata kpd kita jagalah daripada musibah yang paling besar, apa musibah yang paling besar tersebut? bukan miskin tapi api neraka itu...Ramai orang takut miskin tapi tak takut api neraka. sebab itulah ramai orag yang banyak duit kejar dunia" akhirnya dia lupa jaga dia tak jaga Allah, dia akhirnya dia masuk neraka, jadi yang paling penting apa yang Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah. Orang sibuk nak jaga kesihatan sampai tak solat, akhirnya dia dapat sihat ,tapi dia masuk neraka.Orang sibuk nak kaya tapi tak solat akhirnya dapat kaya tapi masuk neraka. Jadi "jagalah dirimu dan ahli mu daripada nerakaka, tak apa miskin pon sekejap aja, tapi masuk syurga...Jika kita kejar kaya , kaya sekejap ja , masuk neraka ,kekal selama2nya.
Sebab itu ada kisah dalam surah Al Kahfi kisah Musa dgn Khidir , Khidir bunuh budak kan, Kenapa dia bunuh budak, budak tu tak berdosapon sampai Nabi Musa sebut" Kenapa kamu bunuh budak yang tak berdosa, tanpa sebab, sebenarnya Khidir bunuh itu atas arahan Allah..Jadi persoalan nya kenapa Allah suruh Khidir bunuh budak itu?...Sebab Allah nak selamatkan budak itu daripada musibah besar, ...apa dia?...api neraka...mungkin mak bapak dia sedih sekejap, tapi bila tapi di akhirat bila dia tahu kenapa anaknya di bunuh ..dia akan bersyukur kepada Allah. Kenapa dia bersyukur ,walaupon hilang anak ? Sebab...anak di selamat dari neraka...dia akan jumpa anaknya dalam syurga. Jadi sabar sekejap saja...kalau kita sabar tak rugipon...dapat pahala tanpa jihad. Kita nak Allah sayang kepada kita...Allah bukan bagi duit tapi Allah bagi pahala sabar...Ramai orang duit banyak tapi pahala tak banyak...bila mati...dia mintak balik kedunia nak cari duit ke nak cari pahala? Allah bagi anak sakit dan Allah bagi pahala "Sabar"
Dalam satu hadith Nabi SAW...yang membawa maksud: Nabi kata ..."Bila llah sayang pada seseorang , Allah uji ..apa makna uji?...Allah bagi susah. Tengok ya ...Bila Allah sayang , Allah bagi susah. bukan Allah sayang , Allah bagi duit. bukan Allah sayang Allah bagi sihat tak.....Allah bagi susah sebenarnya Allah nak bagi benda yang sangat mahal itu iaitu; Faizza Rajja....Kalau dia redho dgn susah tu dengan penyakit tu' DIA DAPAT REDHO ALLAH' Mana kita nak? kita sihat Allah tak redho dgn kita sakit tapi Allah tak redho. Mana kita nak?...Orang beriman dia fikir Allah, bukan fikir dia nak... tidak!!!! dia fikir apa yang Allah suka.
Allah nak ...bila aku sakit aku redho dan bila aku sabar Allah bagi ganjaran. Jika kita tak dapat redho Allah, maka ini adalah satu tanda Allah sayang pada keluarga yang sakit ini, dan Allah datangkan kita semua dari jauh tandanya Allah sayang. Kalau Allah sayang pada seseorang Allah bagi tahu pada malaikat...Wahai malaikat Kau sayang pada Si Fulan. Maka malaikat bagi tahu pada malaikat semua agar sayang pada Si Fulan...Si Fulan ...maka malaikat akan mendoakan terhadap Si Fulan tersebut.
SS Dato Dr Asri-Lazimi Tahajud kerana disana ada sesuatu yg sukar diberitakan dgn kata....
"38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT" (DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)
UPDATE 26/2/26 BERSAMAAN 8 RAMADHAN 1447 H.
Saturday, 28 December 2013
“38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT (DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)
Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam.
“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.
Apa. Khabar..
-
Waa bestnya... Beli buku.. Ambil tanda tangan dari penulis... Ustaz Abu Annas Madani...





