Assalamualaikum sahabat semua.
Daku dapat mesej dari Anis petang semalam. Jadi teringin daku share untuk mendapat doa rakan2 terhadap keberkesanan /kejayaan pembedahan kedua2 mata Shah. Dengan doa kita , moga ianya berjaya.InsyaaAllah. Daku dapati jika pembedahan ini dilakukan makanya berkemungkinan besar ianya berjaya. InsyaaAllah.
Dahulu Kakak Iparku buat pembedahan ini di kedua2 belah mata dan berjaya tetapi perlu penjagaan yang rapi setelah pembedahan. Apapon doktor akan memberitahu cara2 penjagaannya. Begitu juga dengan anak saudaraku Hashim pon membuat pembedahan yang sama dan berjaya. Semasa mula Syah mahu membuat rawatan mata kami bertemu Hashim dan mendapat maklumat2 mengenai ini. InsyaaAllah moga Syah berjaya dan dapat menjaganya dengan baik setelah pembedahan . Aamiin.