Perkampungan Sunah datang lagi. Ya...Ianya tak beberapa minggu dari sekarang. Daku kena rancang dari sekarang apa yang daku nak buat masa balik nanti.
Daku gembira sangat kerana dapat balik menghilangkan rindu terhadap keluarga ku di kampong. Moga mereka semua sihat.
Rindu kepada tanam tanamanku pon ada jugak. Rasanya pohon2 yang menyedut udara nyaman kampong itupon rindu padaku juga. Hi hi. Seronoknya. Mungkin daku dapat bercuti seminggu di rumahku yang comel. Rumah ku tak besar kerana itu yang daku suka. Aku pernah sakit dirumah itu selama 11 bulan berkerusi roda. Untung rumah tu kecil memudahkan aku bergerak dgn kerusi rodaku itu. Lama daku sakit. Banyak orang hairan daku boleh berjalan kembali.
Dalam sakit tersebut daku rasa bagaikan dapat pertolongan dari Allah kerana daku redho dlm keinsafan bahawa Allah taala mengujiku. Paling daku bersyukur kerana akhirnya daku boleh kembali berjalan seperti biasa. Pernah Kakak minta izinku untuk minta bomoh membuat air tawar untukku. Daku sama sekali tak mahu kerana daku tak suka minta orang rukyahkan. Daku lebih suka buat sendiri air2 rukyah dan hanya mengamalkan ubat2 Doktor. Akhirnya daku sembuh....Hmmmmm.
Daku boleh berkebun. Ha ha...daku selalu ulang2 tulis benda yang sama...Ya lah sebab daku suka sangat bila balik kampong. Daku boleh berkebun dan macam2 lagi yang daku boleh buat. Hi hi...seronoknya.
Anis kena balik awal daripada biasa kerana terpaksa ambil rehat sehari untuk dia bertolak pula ke Perlis. Pada kali ini , Kakak, Alya, Husna dan Aleesya akan naik keretapi. Mereka tidak mahu letih2 kena drive. Anis pulak rasa tak apa kerana terpaksa bawaku dan Baby balik kampong. Baby akan balik sebab daku kesian Baby lama sangat dah Baby tak balik kampong. Dulu Kak Lilis jaga Baby. Sekali ini daku suka Baby balik. Mungkin baby boleh makan2 rumput...itupon daku kena ada di luar rumah kerana daku bimbang Baby hilang.
2 b continue....tungggu sekejap wahai sayang kerna hujan masih renyai tunggu sekejap dalam pelukan asmaraku....
Aku memang suka santai2... merepek2... agar aku happy... Dahlah Noraini kau kena sambung lepas ni. Biarlah aku tangguhkan dulu lepas balik kpg atau di kampung nanti.