13/12/2025 bersamaan 22 Jamadilakhir 1447 Bangi
Hari ini Anis dengan Qurata Aini pergi berjumpa Shah di Mc. Donald. McD mana daku tak tanya. Masa pulang mereka belikan daku Ayam McD dan belikan Kak Hindon sama untuk Qurata bawa balik.
Anis beritahuku Shah nampak sihat. Shah ada banyak cerita nak sembang. Kata Anis , ayah tu sebenarnya terasa sunyi , bila anis datang dgn Qurata tu dapatlah mereka sembang banyak hal.
Daku bersyukur kerana dia dah betul2 settle down sekarang.
Daku sangat happy di Bangi dan daku juga suka bila dengar dia dah settle down dgn happynya di tempat baru. Syukur Ya Rabb, Moga kami masing2 happy dengan cara hidup masing2. Aamiin.