Memaparkan catatan dengan label Warkah bertilisan jawi pertama dalam hidupku... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Warkah bertilisan jawi pertama dalam hidupku... Papar semua catatan

Isnin, 13 Oktober 2025

Warkah bertulisan jawi pertama dalam hidupku...



Assalamualaikum...

Daku teringat surat pertama dalam hidupku, bertulisan jawi..  MaasyaaAllah.Daku baca dan daku teliti dengan linangan airmata.  Surat itu di tulis oleh seorang Ustazah kawan ibuku dan lantas menjadi rakan seperjuanganku.  Kepadanyalah daku selalu merujuk ilmu agama baikpon cara membaca beberapa ayat dlm Al Quran.  Ibukupon jikanada masaalah akan bertanya kepadanya.

Mak Long telah lama tidak mengajar setelah daku tahu beliau menjalani operation kerana Kanser Payudara.  Bila daku dapat surat dari anak saudaranya ia itu anak muridku, daku baca dengan linangan airmata.  Beliau menceritakan kepadaku betapa peritnya menjalankan kimoterafi...dan daku terkejut kerana ianya terlalu pantas berlaku.  Dalam masa beliau bercuti dalam beberapa minggu terus ianya berlaku.  

Bila surat itu daku baca daku terus berniat untuk menziarahi  Mak Long setelah selesai sesi persekolahan pada hari itu.  Teringat daku pada Mak Long yang baru beberapa minggu lalu dgn ku berbasikal balik dari sekolah beriring ,melalui jalan kampung untuk bertemu ibuku.  Mak Long menceritakan kepada mak bahawa dia merasa tidak berapa sihat kebelakangan itu.  Tiba2 minggu seterusnya makLong dah ambil cuti sakit.   Tak berapa lama dapipada tarikh itu Mak Long dah pergi buat operation.   

Berjumpa Maklong sangat menyedihkan daku.  Maklong tak boleh memakai baju dan hanya mendedahkan dada mak Long kepada kipas angin.  Maklong kata ,maklong terasa panas sangat.  Daku mengalir airmat melihat penderitaan Mak Long.  Sedeh tak terkira.  Daku tak mampu menyembunyikan kesedehanku di depan Mak Long.  Kak Ani kawanbaikkupon sama melelehkan air mata melihat penderitaan Mak Long.  . Rupa2nya  hayat Mak Long tak lama...Mak Long pergi meninggalkan kami semua dengan penuh kenangan seorang Ustazah yang sangat banyak berbakti kepada masyarakat Lenggong.  Dia masih dalam ingatanku hingga kehari ini.  Surat pertama daku terima dalam tulisan jawi itu daku lipat2 dan simpan hingga hilang dalam ssimpananku bersama hilangnya kisah sedeh MakLong bersama kami semua.

Jika nak ku kisahkan kisah Mak Long sangat besar dan banyak pengorbanannya, boleh kutuliskan tetapi Mak Long ada dalam hatiku dan  ternyata Ustazah yang ku sayang...hingga bila2..."Salam Sayangku Buat Mak Long dan kuiringi doa semoga Mak Long di kumpulkan bersama orang2 yang soleh di sana...Aamiin.  Ya Rabb Rahmatilah Mak Long...



Apa. Khabar..