Hari keEmpatku... Moga Dalam RahmatMu Yaa Rabb.
Subhanallah,walhamdulillah,Walaillahaillallah,walallahuakbar.
Walahaulawala khuwataillahbillah.
Rabbighfirli.
Hidup yg penuh kesedihan kena lalui juga dgn Redho, Aku Redhoo Ya Rabb.
Ini kehendakMu. Tabahkan terus hatimu Eni. Sebenarnya duka ni kecil saja berbanding
duka mereka di Ghaza. Moga mereka di Ghaza terus tabah dan sabar menanti Husnulkhatimah
mereka Ya Rabb. Mereka telah diKau cipta hadir di abad ini. Kuatkan mereka dengan
RedhoooMu. Berikanlah daku serpihan daripada kekuatan mereka...Aamiin....
Kesian lihat anakku. Inilah nasib anak tunggal yg aku ada. Seorang diri mengharungi
keletihan berbanding mereka yang ramai adik beradiknya. Daku doakan agar dia
mendapat pahala dari Allah Moga anis kuat dan daku nampak, dia begitu kuat sekali.
InsyaaAllah. Syukur daku kepadaMu.
Cuti tahunnya dah habis. Pada 7 hb Disember daku kena mengadap second Check Up
ku di Taiping. Doktor tetap mahukan segala kerja2 kedoktoran mereka habis
ditangan mereka dengan selamat. InsyaaAllah ku tunaikan. Moga Allah permudahkan
segala urusan ku.
Mungkin anis kena ambil cuti tanpa gaji . Ya Allah daku Redhoo dengannya Ya Rabb.
Kau Redhookan lah dia dan tempatkanlah dia di Syurga FirdausMu nanti Yaa Rabb.
Doaku mengiringi setiap usahanya. Moga dia tabah Ya Rabb. Kasihanilah dia.
"Yaa Haiyuya Khaiyumm.Birahmatiastaghisuu. Ashlekhli Syakni.Kullahu Wala takilni illa
Nafsan tarfata ain. "
. "Yaa Allah Tuhan yang Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri daku serahkan segala urusan
diriku kepadaMu dan jangan Kau lepaskan kepada ku walau sekelip mata tanpa mrndapat
pertolonganMu. Aamiin."
Hari ni terima berita gembira anakku...Ibu murid tuisyennya mengkhabarkan bahawa anaknya yang mendapat C dahulu telah mendapat A ujian baru2 ini...Syukur ya Rabb...Anakku mengajar Maths Cara Skor Pantasku...Aamiin. Kedua anak kawannya mendapat A. Tahniah Buat Linda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan