3 Faedah Minyak Argan
- Ia menghidratkan dan melembutkan kulit. Menggunakan formula berasaskan dari minyak argan boleh membantu menghidratkan dan melembutkan kulit anda - dan kesannya boleh dilihat serta-merta. ...
- Ia boleh membantu melawan akne. ...
- Ia melegakan kemerahan atau kerengsaan kulit.
Minyak Argan: Apakah Ramuan Dan Faedahnya Untuk Pembersihan Muka?
Terima kasih kepada popularitinya yang semakin meningkat, hampir pasti anda pernah mendengar tentang minyak argan - namun, sejauh manakah anda benar-benar tahu mengenainya? Teruskan pembacaan untuk mengetahui bagaimana cara anda boleh menggunakan faedah semula jadi minyak argan untuk muka anda bagi membantu menambah baik rutin penjagaan kulit harian anda.
Apakah Minyak Argan?
Bahan semula jadi yang sangat berfaedah ini diekstrak dari isirung pokok argan yang tumbuh di Maghribi. Bahan yang terhasil secara semula jadi ini mengandungi sejumlah besar nutrien yang berfaedah untuk rambut dan kulit anda, termasuk vitamin A, vitamin E, antioksidan, asid lemak omega dan asid linoleik. Justeru, minyak argan digunakan dalam pelbagai produk kecantikan yang berbeza di seluruh dunia. Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada formula penjagaan kulit yang dihasilkan dengan bijak, minyak argan dapat membantu menyerlahkan seri semula jadi kulit anda, tetapi mereka yang cenderung akne atau mengalami kerengsaan kulit juga boleh mendapat faedah dari produk yang mengandung minyak argan. Dan, jika semua itu masih belum mencukupi, memandangkan minyak argan adalah ramuan yang lembut, ia adalah sangat selamat untuk digunakan di sekeliling mata anda. Produk yang menggabungkan Micellar Water dan minyak argan adalah cara yang baik untuk membersihkan solekan sebelum tidur. Untuk kelainan khas pada Micellar Cleansing Water pink & blue dari Garnier, cuba guna Micellar Oil-Infused Cleansing Water sebagai pembersih solekan yang berkesan tetapi lembut. Ianya sesuai untuk kedua-dua kulit kering dan sensitif, bertindak walaupun terhadap solekan kalis air, serta mempunyai formula tidak berminyak yang tidak perlu dibilas. Maka, anda mungkin bertanya, apakah sebenarnya faedah paling utama minyak argan apabila membersihkan muka anda.
3 Faedah Minyak Argan
Ia menghidratkan dan melembutkan kulit
Menggunakan formula berasaskan dari minyak argan boleh membantu menghidratkan dan melembutkan kulit anda - dan kesannya boleh dilihat serta-merta. Tokoferol yang didapati dalam vitamin E merangsang penghasilan sel dan bertindak sebagai antioksidan. Apa yang lebih menarik, minyak argan tidak menghilangkan minyak semula jadi kulit, bahkan mengimbangi pH semula jadi kulit. Fikirkannya sebegini: minyak yang baik melawan minyak yang tidak baik.
Ia boleh membantu melawan akne
Apabila disapukan secara tetap pada kulit anda, minyak argan sebenarnya mengurangkan penghasilan sebum, bahan yang menyebabkan akne apabila ia terkumpul terlalu banyak pada kulit anda. Vitamin E dalam minyak tersebut juga boleh membantu melegakan kemerahan yang sering dikaitkan dengan bintik-bintik merah yang menjengkelkan.
Ia melegakan kemerahan atau kerengsaan kulit
Vitamin E dan asid lemak yang terdapat dalam minyak argan adalah sangat berkesan untuk membaiki kulit dan meminimumkan kecelaan, dan mereka juga menyediakan nutrien penting yang mencegah kerengsaan atau kemerahan lanjutan. Sebagai bonus, vitamin dalam minyak argan boleh membantu mencegah kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV dan pencemaran.
Tiada keraguan mengenainya, minyak argan akan terus bertapak. Dengan keupayaannya untuk membersihkan dan melembapkan kulit anda, memerangi akne, melegakan kerengsaan dan bahkan membersihkan solekan, ia pasti akan menyertai gabungan penjagaan kulit harian anda tidak lama lagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan