Nabi saw bersabda:
Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka khabarkan bahawa dia mencintainya. (Riwayat Abu Dawud)
SAHABAT DUNIA AKHIRAT
SAHABAT,
Jika dah ada Sahabat Dunia Akhirat, Jangan lepaskan,pegangkuat-kuat,
walau kadang ada terguris hati.
Jika belum ada, berdoalah dan carilah dengan sungguh-sungguh..
Daripada Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasullullah SAW bersabda:
"Seseorangitu mengikutagama(cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapa yang sepatutnya dijadikan sahabat."(Riwayat Abu Dawud,at- Tirmizi dan al-Baihaqi)
Berkata Saidina Ali r.anhu:
" Saudaramu yang sebenar ialah orang yang selalu menolongmu (diwaktu senang dan susah) dan dia sanggupbekorban keranamemberi manfaatkepadamu, dan dia sanggup memecahkan(menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian."
Seandaikan rakan kita mendoakan kita di media sosial maka kita dokan kembali buat mereka dan yakinlah bahawa malaikat akan mendoakan kembali untuk kita. Itukan cara mudah kita mendapatkan doa malaikat. InsyaaAllah...Aamiin
Daripada ummu Darda' r.anhu bahawa Nabi SAW bersabda:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada malaikatyang menjadi wakil baginya, Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat tersebut berkata: "Aamiin, dan engkau pun mendapat apa yang dia dapatkan." (RiwayatMuslim)
SAHABAT DUNIA AKHIRAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan