Khamis, 5 Oktober 2023

Melawat abg Halid



 Assalamualaikum sahabatku...daku nak pergi Taiping melawat abg halid ..Dia dah nazak...Doakan dia ya...

Petang Semalam daku dapat berita bahawa abh Halid accidence di simpang keluar Jalan Tok Purba Lahamad.  Memang di situ sangat bahaya gaya jalannya.   Agak mengelirukan.  Daku hairan, banyak kali dah accidence berlaku di situ  banyak kali sudah orang buat aduan.  Apa yang JKR buat sebagai usaha untuk memperbaiki jalan tu?  Entah la.   

Pada waktu petang itu abang Halid makan mee Maggi Kari,  Lepas itu abang Halid kata kepada Kak Yah ingin berpuasa esok hari(Khamis)  Masa dia akan membeli terung untuk membuat kari  letak terung ,bagi makan bersahur nanti.  So , akan beli terung selepas solat nanti.  Abang Halid keluar  dari surau  , selesai  solat maghrib, di jalan yg betul,  tiba2 sebuah kereta dengan lajunya melanggar motosikal abg Halid.   Abang Halid jatuh luka parah  di tempat kejadian.  Telefon abg halid di ambil orang dan  beg duit abg halid pon di ambil beserta dengan kad bank abg halid. sanggupnya manusia buat begitu pada orang yg kemalangan. Kesian Abg Halid .  Masih rendah kesedaran sivik orang2 Malaysia kini..MaasyaaAllah.   

Malam tadi kami pergi melawat abg halid...Oleh kerana cedera parah abg Halid di bawa ke Taiping pada pukul 12.00 tengah malam...

Sambung lagi...

Pagi daku bersama Kakak Chik , adikku Ariffin serta Anuar anak saudaraku pergi melawat abg Halid di Wad 8, Taiping.    Kami balik tepat 1.00 tengahari..Makan kat Gerai tepi Hospital  dan bertolak pulang.. 

Malam ini malam Jumaat.  Dapat berita terkini dari anakku...Abg Halid telah kembali kerahmatullah.  Innalillahiwainnailaihiraajiuun..Semoga rohnya di kumpulkan bersama orang2 yang soleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan