Isnin, 13 November 2023

Solat Istiqarah...

 Maksud Istiqarah...

Istiqarah adalah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud " meminta penjelasan' atau pabduan Oleh itu, Solat Istiqarah ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara atau urusan

Ini berlaku sekiranya seseorang itu masih ragu2 dengan pilihannya sama ada untuk meneruskan sesuatu pekerjaan atau sebaliknya.

Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua perkara, seperti mengajar kami surah daripada al-Quran. Baginda berkata: “Apabila seseorang daripada kamu mahu melakukan perkara yang tidak jelas dia perlu solat dua rakaat yang bukan fardu, kemudian berdoa” 

— Diriwayatkan oleh semua kecuali Muslim

Solat sunat Istikharah dilakukan dengan mengharapkan supaya keputusan yang diambil nanti mendapat pedoman daripada Allah SWT.

Solat Istikharah hanya wajar dilakukan untuk perkara atau pekerjaan yang menepati syariat Islam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️. - "PENGAJARAN DARI SURAH AL-INSAN" ~ SIRI 4

Semua kita Cinta pada Allah...adakah reality nya tak?...Berdosa...Aku memang cinta Allah...kerna Allah yang penciptaku  dengan keyakinan ..A...