Jumaat, 24 November 2023

Daku dah pulang..Jumaat jam 2.00pm

Daku dah pulang daku syukur daku masih bernafas lagi..Bila katil daku ditolak kedalam bilik menunggu, doktor pelatih berkata kepada anakku, "Ya nak sayang emak cepat."..anak ku datang dekat untuk menciumku  dan salam denganku   Mereka melihat Doktor Pakar di pintu lalu menceritakan daku ada meneguk seteguk air pukul 8.00pagi..("Bos boleh tak ni teguk air pukul 8.00.?  Doktor jawab .  Ok! )    ..Masa daku menunggu untuk ke operation theatre  daku baca macam2 .  Daku paling bimbang sebab minum air, tentang bius,daku bertawakkal, sempat baca surah Al Mulk, mengucap ,banyak2baca apa yang patut...Daku sebenarnya takut sebab memang ada orang yang meninggal di bilik bedah masa operation sedang di jalankan, 

Sepatutnya daku orang ketiga dioperasi pada pagi itu,  tapi daku menunggu lama sangat..  Daku dapat tahu bila anakku memberitahuku bahawa daku di masukkan ke bilik operation tepat pukul 3.00 pm.  Daku rasa macam sebentar saja dibilik operasi.  Rupa2nya daku selesai dioperasi tepat pukul 6.00 petang.   Betapa lamanya anakku menunggu diluar bilik bedah. Dari pukul 12.00 hingga ke pukul 6.00 ptg.   Enam jam. 

Selesai operation daku dalam kegigilan yang teramat sangat dan doktor  gosok2 lengan ku dan panggil namaku... Keluar keruang agak panas...daku okey kembali...Daku terpejam mata dan aku sedar di bilik ward Kenanga kembali.   Alhamdulillah daku masih ada hayat lagi...Betapa nikmat nya hidup ini.  Allah bagi peluang aku hidup lagi , peluang ini harus daku grabb bersungguh2.. Ya Allah Ya Rabb...... jadikanlah perjalanan hidupku berfaedah untuk semua sebelum mati.  Matikanlah aku ditempat impianku.   Masukkanlah aku kedalam syurga FirdausMu dan kumpulkanlah aku bersama2 orang2 yang Soleh......Aamiin Aamiin...Aamiin Ya Rabbala'lamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan