Biasanya manusia bila dapat kedudukan yang lebih tinggi dia akan ego...Tapi tidak Umar bin Abdul Aziz. Bila dia dapat jawatan dia lebih zuhud.
Dia Cucu Amirul mukminin ..Umar Ibn Khatab...
Semasa satu malam
Umar Ibn Khattab... dengar perbualan seorag perempuan dgn Ibunya.
Ibunya menyuruh anaknya memasukkan air kedalam susu yang mereka akan jual.
Ya ibuku... Amirul mukminin Omar tak lihat apa yg kita buat tapi Tuhan Umar nampak.
Omar Ibn Khattab menangis dengat perkataan wanita ini.
Saidina Omar meminta anaknya Assim meminang perempuan tersebut.
Wahai Aasim pergi kerumah itu dan pinang dia dan dengannya daku mengharapkan dari tulang sulbi nya menganugerahkan orang yang mulia (seorang tokoh yang memerintahkan dunia islam) .
Hidup ini reality. Manusia ada perjuangannya... Dia kahwin hasil perkahwinan ini melahirkan anak bernama Laila. Laila ini berkahwin tokoh bani Umaiyyah bernama Abd Aziz..Mereka melahirkan Umar bin Abdul Aziz.
Laila cucu Saidina Umar berkahwin dengan Abdul Aziz dan Laila melahirkan Umar bin Abdul Aziz.
Hebatkan Umar bin Abdul Aziz, kencenderungannya untuk belajar hadith...
orang tawakkal kpd Allah.
Masa zaman Sulaiman bin Abdul Aziz. sepupunya....Masa itu 1/4 dunia di bawah pemerintahan Islam. Umar bin Abdul Aziz di bawa oleh Khalifah bawa dia ke markas tentera, tengok tentera hebat...Khalifah tanya Umar...Apa yg kau llihat wahai umar?
Umar bin Abdul Aziz kata..."Aku sedang lihat dunia itu makan antara satu sama lain dan engkau akan di pertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat nanti"
"Jagalah wahai pemerintah sekarang...Engkau akan di pertanggung
jawabkan oleh Allah di akhirat nanti. Sebesar zarrahpon harta milik rakyat jangan kau ambil Jika kau ingin selamat di akhirat Allah "
...Sulaiman bin Abdul Malik kagum dgn kata2nya. Hari Sulaiman sakit, Rajak Ibn Haiwah...Menteri yang baik dan alim bersamanya. Kata Sulaiiman apakah yg akan menyelamatkan aku nanti tanya Sulaiman kepada Rajak Ibn Haiwah.
Rajak Ibn Haiwah kata...Wahai Amirul mukminin...
antara perkara yg boleh engkau selamat di dalam kubur ialah kau tinggalkan Khalifah yang adil dapat memerintah dgn baik.
Rajak menyatakan bahawa Umar bin Abdul Azizlah orangnya.
Kata Sulaiman bin Abd malik. Tulis Surat nasihat dan minta mereka semua berjanji setia (berbaiah) akan menerima siapa yang akan menjadi Amirul mukminin dalam wasiatku itu.
Rajaq membaca wasiat itu dan memanggilnya (Umar bin Abdull Aziz ) bangun.
Umar bin Abd Aziz bangun...dan dia Berkata " Sesungguhnya jawatan ini tak pernah daku tahu dan harapkan...kau pilihnya siapa yang engkau mahu."
Rakyat semua tetap memilihnya...
Dia menangis kerana takut kepada jawatan tersebut.
Dia balik letih kerana letih setelah pengkebumian khalifah..Beliau ingin berehat dan berkata kpd anaknya. Wahai anakku ayahmu berasa letih sangat dan akan rehat sebentar sehingga waktu zohor untuk berjemaah dgn rakyatnya.
Subhanallah' anak yg baru berusia 15 tahun berkata " Wahai Ayah..Siapa yang menjamin hidup ayah hingga waktu Zohor. Kewajipan Engkau adalah untuk mengembalikan hak2 orang yang zalim...Dia duduk..dan cium dahi anaknya. " Demi Tuhan, Allah memberi aku anak yang baik yg keluar dari Sulbiku "
Dia keluar bertemu rakyat...Wahai manusia tidak ada kitab selepas AlQuran dan tidak ada Nabi selepas Nabi Muhammad..Aku bukan ahli bidaah tapi aku yang mengikut sunnah...Aku bukan sesiapa aku orang paling banyak dosa...Alangkah besarnya tanggungjawab ini. Di balik dan menangis.
Tanya isterinya...Apa yang Amirul mukminin tangis...Aku teringat orang2 miskin, janda2 anak ramai........ dan aku bimbang aku tak dapat menjawab pertanyaan Allah... Selama 2 tahun dia memerintah tiada yang dapat lagi menerima zakat.. Semua rakyat dalam status tersebut HEBAT...Dia baru berumur 36 memiliki pemerintahan yg demikian hebat.
Allah ringankan bebannya. Isterinya berkata hanya itu sahaja baju yg khalifah ada ...tak kaya tapi rakyat senang...
Wahai Amirul mukminin...apa yang ingin kau wasiat kepada anak2mu...setelah kematianmu?
Apa Umar kata.: Anak2ku jika mereka org2 soleh Allah yg menguruskan org2 soleh...Jika mereka orang2 tidak soleh aku tak mahu mereka menggunakan harta yg menyebabkan masuk neraka kerana menggunakan wang rakyat.
Sesungguhnya aku memilih Syurga.
Setelah umar bin Abdul Aziz. wafat, akhirnya anak2nya kaya. kerana mereka orang2 soleh.
Kita punya Tawakkal tak cukup padu dalam banyak2 hal.