Hihi daku rasa macam close ja...rapat sangat...macam adik beradik pada orang yang suka view cerita2ku...hihi. Salam Silaturrahim...Assalamualaikum. Hari daku buat kuih ni, daku dapat bagi pada Kak Hindon dan Maznah adikku. Beberapa hari sudah masa Anis pergi rumah Mak Su nak jogging dgn Kakak , Maksu tetap teringat padaku nak bagi Cempedak Goreng dan Roti Bom Bersari macam Roti Canai Mak. Wow hebat sungguh...Dia gandingkan pula dengan Gulai Kari Kambing. Huish. Dia tetap ingat padaku. Anis kata Maksu pon macam Mak nak jugak Mak rasa yang dia makan...hihi...Pagi ini pulak Che Azid hantar sedekah Jumaat dengan sangkut kat gril ...Anis keluar ambil dan sempat breakfast denganku, termasuk sebungkus Bihun yang orang Infak Jumaat dari kedai Che Azid beli itu. Menu Bihun infak Jumaat ...dan sedekah Che Azid pulak Laksam...Sedap laksam tu sebab tak manis macam org Kelantan punya. Masuk seleraku. Moga Che Azid mendapat berkat pahala sedekah Jumaatnya dan pahala juga buat orang yang menginfakkan bihun goreng tersebut. Aamiin Ya Rabb...
Jumaat, 7 Ogos 2026
Menu malas lagi. Ia itu masak telur dan tumis sambal.
anakku tumis sawi. Mempelam pembasuh mullut dan kuih seri muka,. Hi hi..daku da tulis tadi...Hp dah warning bateri habis...Daku leka2...huih habis tak save...kih kih..padan muka kau eni...Kena tulis balik. Siapa suka leka akan jadi macam ni. Tadi tu dah terfikirdah ...tapi tunggu sat ja lagi...ha ha ha ...akhirnya...
Isi seri muka makku. Mak punya serimuka memang sedap . Punya aroma yang tersendiri
. Ianya rasa bau pandan dan jugak bau jintan manis. Wow! mengancam habis.
Bila buat ini daku ingat makku.
Seri muka macam ni kadang2 di buat warna hijau bahagian kepalanya. Tapi makku menag suka koko...warna koko dari gulamerahnya.
Jika warna pandanpon boleh juga.
Yummy...Ingat mak masa makan.
Syukur Ya Robb.
Tahu ...Maznah dan Kak Hindon pon dapat rasa bilamana
Aini Rohaya dan Aini Alya
singgah daripada rumah aini sebab kuro buat hal...
Kuro marah sebab tinggal
mereka lama sangat. Kak Una dan Aini...dia rindulah tu.
hihi kuro! kuro!...
Menu malas tapi syukur Rabbku. Makan tetap sedap.
Daku suka makan kuih dahulu. Hmmm...
Kan seri muka ada pulut di bawahnya..
Memang sedap sangat.
Kak Hindon lama tak buat nak belajar balik...hihi...sama ja!
Banyaknya gambar daku upload...hihi
Sebenarnya dari posisi lain2 ...hihi
Dari atas!
Pembasuh mulut dan kuih...
Sambal dan sayur.
Yes itu dia menu day before yesterday...hihi.sedap juga.










