Sabtu, 8 Ogos 2026

Diaryku Hari ini....

 

Salam...Assalamualaikum...

Bila daku baca Day Before Yesterday....daku teringat daku pi mana ya?   Ya daku pi HSAAS , untuk rawatan selanjutnya.  Ya daku syukur.  Dengan rawatan kali ni daku dapat faham dan berpuas hati.  InsyaaAllah. TQ Doktor.  Daku terap kena jaga kesihatan. 

Daku jumpa satu Cik Gu orang Ipoh.  Asal Tambun.  Umur 75.  Beliau  alami sakit yang sama denganku...Menurutnya beliau pencen di Sekolah Taman Melawati...hihi daku Pencen kat Shah Alam.  Menurut dia suaminya pon alami sakit yang sama melibatkan lutut juga sedangkan suami dia kerja kat pejabat aja.   Suami Cikgu ni dah 80 lebih. Tapi penyakit2 sampingan yang lain tiada.  Bertuah dia. Menurut Cikgu perempuan ini muka ku sama, erat macam muka sepupu dia...hihi...Ada juga muka erat muka ku di Ipoh tu.

Semalam dapat call dari anak keponakan perempuanku yang Tinggal di Bukit Jelutung.  Daku ambil masa sembang dgn nya 4 jam.  Wow ..Tak sangka dari jam 10pm hingga 2 am...MaasyaaAllah.  Lama sungguh.  Rupa2nya hari ini Hari Jadi dia.  Dia dlm kesedihan kerana Boss dia resign last weak tanpa dia tahu lebih awal.  Dia sayang sangat Boss nya tu.   Setiausaha kpd Bossnya tu dah 18 tahun. Dia pon tak tahu mungkin Puan Sri itu ada nak buat projek apa2 kot atas  resignation dia tu.  Aku dapat paham perasaan hati dia.  Dia rupanya sedeh.  

Kelakar anak ku bangun dari tidur masuk ke bilikku tunjuk 2 jari pada ku menandakan telah pukul 2.00 am.   Daku tunjuk muka ku tak apa.   Daku layan , moga hatinya tenang dan happy kembali.  Bermacam2 cerita diselitkan dalam perbualan kami.

Hari ini Anis ke Taiping buat Reunion dgn sahabat2 MRSM dia rasanya.  Happy sangat dengan membungkus hadiah untuk di bawa.  Acara pertukaran hadiahlah tu.  Anis kejut ku pukul 4.30 pagi  untuk salam dgnku.  Daku doakan agar mereka sampai dgn selamat.  Mereka Subuh di R&R mana daku tak tahu. Mak tak payah hantar Anis kat pintu...Mak tidur aja..  Oleh kerana daku dah solat malam daku pejam mata terus lena...Hihi senangnya lena.  Letih sangat kot.    Syukur pukul enam daku terjaga kembali ...hmmm.   Syukur Ya Rabb.

Daku yakin Anis happy saat ni.  Berjumpa sahabat2 lama mereka.   Hihi menurut kawan Anis, hari ni ada Majlis Larian kot kat Taiping...terkena mereka buat kat Lake Garden Taiping....Masing2 suka buat out door katanya...hihi...Bolehkah mereka happy dengan crowd yg ramai tu?  Tapi kawan Anis ada 2 orang yang menyediakan tempat di Taiping tu.  Daku tetap doakan Agar Anis dan kawan2nya  Happy .  Anis pergi ambil Saniza di Uniten dan ...ntah sorang lagi daku tak pasti dan Oya tinggal kat mana?   Nantilah balik nanti daku dapat tahu lah tu...

2 be continue.   ........