"Jadilah seperti pohon ditepi jalan di baling orang dgn batu maka di balasnya dengan buah"
Mari aku ceritakan pada kau sahabatku. Kenapa kau begitu benci sekali padaku, sedangkan aku sentiasa ada kau dlm doa solatku. Kau tahu mengapa? Sbbnya aku tak dapat erase kau dari otak ku ni. Jadinya daku kena buat baik sahaja...Ada doa untuk kau ...kau tahu mengapa? Bila daku doakan untuk kau daku pasti tanpa ragu2 mendapat doa Malaikat. Malaikat akan mendoakan untuk aku. Pasti. Itu janji Allah.
Nak tahu apa doa aku?
Aku doakan agar keluarga kau layan kau elok2, anak2 kau mendengar nasihat org tua mereka agar kau jadi org yg tak alpa dgn tugas sebagai seorang bapa. Aku doakan agar kau di hormati semua jugak di hormati kawan2. Aku tak mahu kau alpa dalam tugasmu untuk menjaga Perak yang kami semua sayang. Moga kau tak buat sedikit pon kekhilafan tentang amanah yg Allah beri padamu. Kerana apa semua tu? Ianya kerana saya tak dapa buang kau dari otak saya ini. Moga pahala daku dapat raih dari duka cita ini.
Kau tahu sejak dari aku kecil lagi aku suka pada kata2 ini. "Jadilah seperti pohon ditepi jalan di baling orang dgn batu maka di balasnya dengan buah" " Aku ingin menjadi seperti pohon di tepi jalan itu. Ya itu lah aku. Dah lama daku ajar diriku.
Kau pulak tak pernah tlg nak mendoakan daku agar dlm jaminan Allah sentiasa. Daku silap daku ingat kau doakan daku. Kesian daku. Apa yg daku dapat dari persahabatan ini hanyalah benci sahaja dari sahabat. Tapi daku tak akan menyesal sebesar zarrah sekalipon kerana daku pegang nasihat Saidina Ali.
Kata Saidina Ali: Jika orang menyakitiku, akan aku hadiahkan sebekas makanan atau buah2an untuknya." Maka daku pulak mendoakan untuk kau sebagai tanda daku memaafkan engkau. Mungkin Allah mahu memberi kebaikan untukku. Aku sentiasa sebut, sahabat yg tak ku kenali tolong doakan aku...hihi. Teruk aku ni kan! Bukanlah daku tak salah langsung...daku kan manusia biasa...jika daku bersalah mengecilkan hati sahabat, sahabat maafkan daku ya.
Sahabat tahu...Lama dulu, daku mendengar Khutbah Jumaat dari Radioku masa pulang dari sekolah " Jika kita memaafkan orang yang membuat salah kepada kita , maka Allah akan membangunkan sebuah Istana Emas di Syurga" Daku grabbed itu sahabatku...daku maafkan bapa kepada anakku. InsyaaAllah moga Allah terima pengorbananku itu.
Sahabat tahu mengapa lagu2 positif daku siarkan di Blog ini...itu semua adalah motivasi hati agar tenang dan damai. Daku harap sahabat ajarlah diri sahabat agar positif dalam segala hal, kerana kita tak akan dapat apa2 pon jika kita marah atau bermusuhan antara kita.. Ianya tak baik. Daku maafkan sahabat agar sahabat menjadi orang yang "cool" dan hidup dan tenang. Dapat bertugas dgn damai dan happy. Percayalah. Dengan Sabar, Redho dan Ikhlas Allah akan melapangkan hati kita .
Moga benarlah apa yang daku tulis ini dgn seikhlas hatiku. Moga Allah akan memerahkan kembali hatiku ini untuk tetap happy. Aamiin.
"Inni uhibbuka fillah." Daku sayang sahabat kerana Allah.