Ahad, 9 Ogos 2026

Update sambung cerita Anis pi Taiping.  

Sabtu, 8 Ogos 2026

Diaryku Hari ini....

 

Salam...Assalamualaikum...

Bila daku baca Day Before Yesterday....daku teringat daku pi mana ya?   Ya daku pi HSAAS , untuk rawatan selanjutnya.  Ya daku syukur.  Dengan rawatan kali ni daku dapat faham dan berpuas hati.  InsyaaAllah. TQ Doktor.  Daku tetap kena jaga kesihatan. 

Daku jumpa satu Cik Gu orang Ipoh.  Asal Tambun.  Umur 75.  Beliau  alami sakit yang sama denganku...Menurutnya beliau pencen di Sekolah Taman Melawati...hihi daku Pencen kat Shah Alam.  Menurut dia suaminya pon alami sakit yang sama melibatkan lutut juga sedangkan suami dia kerja kat pejabat aja.   Suami Cikgu ni dah 80 lebih. Tapi penyakit2 sampingan yang lain tiada.  Bertuah dia. Menurut Cikgu perempuan ini muka ku sama, erat macam muka sepupu dia...hihi...Ada juga muka erat muka ku di Ipoh tu.

Semalam dapat call dari anak keponakan perempuanku yang Tinggal di Bukit Jelutung.  Daku ambil masa sembang dgn nya 4 jam.  Wow ..Tak sangka dari jam 10pm hingga 2 am...MaasyaaAllah.  Lama sungguh.  Rupa2nya hari ini Hari Jadi dia.  Dia dlm kesedihan kerana Boss dia resign last weak tanpa dia tahu lebih awal.  Dia sayang sangat Boss nya tu.   Setiausaha kpd Bossnya tu dah 18 tahun. Dia pon tak tahu mungkin Puan Sri itu ada nak buat projek apa2 kot atas  resignation dia tu.  Aku dapat paham perasaan hati dia.  Dia rupanya sedeh.  Dalam pada cerita tu sempat cerita tentang orang Lenggong yang jadi  CEO di TM mereka....hihi.  Mak Cik kata itu kawan sekelas Makcik.  masa sekolah baik sangat orangnya.  Yanti tunjuk gambarnya...hihi. masih lawa orangnya.  Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin.


Manis orangnya  CEO ini...Masa sekolah lagi manis anak cikgu Nuruddin ni.  Kami suka tengok bila dia bercakap  kerana gigi dia yang cantik tersusun rapi.  Muda setahun pada ku sebab daku masuk remove Class setahun..  Ah Keong, pernah tanya aku, tak pergi ke reunion kerana Kok Seng adik dia kawan sekelasku,  ada pi reunion dgn mereka ni.  Daku kata "tak"...sebenarnya daku tak jenis rajin reunion2 bagai.  

Sebenarnya arwah emak saudara dia selalu datang ke rumahku dia baik sangat dengan Kak Nyah masa muda..  Dialah, orang pertama daku lihat bagaimana situasi orang sakit lutut.  Masa dia solat...masa itu tak guna kerusi ..susahnya solat, jadi siksa sungguh dia solat.  Mungkin tak ada yang ajar untuk solat di atas kerusi agaknya pada ketika itu.  Syukur sekarang ada altenatif solat di atas kerusi.  Daku dapat rasa keadaan di situasi tersebut,  bila mula sakit lutut. 

MaasyaaAllah Mak Lang...Moga Allah cucuri Rahmat keatas rohnya ...Aamiin.  Rupa2 nya ada sebab dan musabab hingga dapat kita mendoakan seseorang.  Jika tak cakap dgn Yanti tentu daku dah lupa arwah.  Syukur Rabbku.  Moga bila daku dah jadi arwah nanti...ada orang yang teringatkan ku dan mendoakan aku.   Aamiin.

 Dulu masa daku di MOF dia daku dengar orang yg bawa masuk Teknologi  Komputer ke Malaysia. Dia pergi belajar ke luar negeri , jurusan tu. Masa daku di sana dulu, baru ada sebuah je komputer di MOF tu ...Kak Sofiah kata..."Pening lah kepala akak nak belajar ni.  Susah sangat"  Hi hi..!  Heran kan masa berubah begitu pantas.  Sekarang anak2 sekolah dah expert menggunakan PC.  Lama sudah kita tinggalkan masa kan!


Kelakar anak ku bangun dari tidur masuk ke bilikku tunjuk 2 jari pada ku menandakan telah pukul 2.00 am.   Daku tunjuk muka ku tak apa.   Daku layan , moga hatinya tenang dan happy kembali.  Bermacam2 cerita diselitkan dalam perbualan kami.

Hari ini Anis ke Taiping buat Reunion dgn sahabat2 MRSM dia rasanya.  Happy sangat dengan membungkus hadiah untuk di bawa.  Acara pertukaran hadiahlah tu.  Anis kejut ku pukul 4.30 pagi  untuk salam dgnku.  Daku doakan agar mereka sampai dgn selamat.  Mereka Subuh di R&R mana daku tak tahu. Mak tak payah hantar Anis kat pintu...Mak tidur aja..  Oleh kerana daku dah solat malam daku pejam mata terus lena...Hihi senangnya lena.  Letih sangat kot.    Syukur pukul enam daku terjaga kembali ...hmmm.   Syukur Ya Rabb.

Daku yakin Anis happy saat ni.  Berjumpa sahabat2 lama mereka.   Hihi menurut kawan Anis, hari ni ada Majlis Larian kot kat Taiping...terkena mereka buat kat Lake Garden Taiping....Masing2 suka buat out door katanya...hihi...Bolehkah mereka happy dengan crowd yg ramai tu?  Tapi kawan Anis ada 2 orang yang menyediakan tempat di Taiping tu.  Daku tetap doakan Agar Anis dan kawan2nya  Happy .  Anis pergi ambil Saniza di Uniten dan ...ntah sorang lagi daku tak pasti dan Oya tinggal kat mana?   Nantilah balik nanti daku dapat tahu lah tu...

2 be continue.   ........

Anis sampai rumah jam 11.00pm lebih.  Selepas hantar Saniza dan Oya  Anis terus balik.  Bawa mee mamak buatku.  Katanya mereka singgah di Tengah Bandar sambil makan dan belikan Mee Mamak untukku.  Daku kadang2 suka juga Mee Mamak ni. Anis sampai dengan penuh rupa ceria dia.  Cerita padaku macam2.  Pija dari Lenggong...Ton dari Grik..Cikgu yg kematian suami dan bawa 3 orang anaknya.   Kesian sangat daku tengok anis baca WhatApps dari Group mereka...Ton tulis,  tahu tak anak sulung ku kata "  Abang seronok tengok mama senyum...ketawa2 dengan kawan2 Mama ...Mama dah lama tak senyum macam tu.  " kata anak yatim tu... Anis sambil baca mesej tu keluar air mata dan aku pon tumpang sekaki, sedeh sangat.  Suami Ton Cikgu juga ...meninggal dunia 2 tahun lepas... 

Mereka gelak ketawa sebagaimana mereka muda2 dulu...Sehingga seorang daripada kawan mereka Doktor Pakar, hantar anak2 kepada Papa nya kerana Sang ibu tak mahu anak nya melihat gelagat happy dia kebudak2an di depan anak2. Hi hi hi!  Gelagat masa muda. Kelakar ...daku paham bila bertemu kawan2 masa muda.  Mereka reunian sebelas orang sahaja. Menurut anis kebanyakan dpd mereka doktor.  Daku lihat video mereka dan seorang dpd Guru yang baca doa makan seperti, anak2 murid dia baca doa makan kat sekolah.  hi hi. "Awak semua ni susah betul saya nak atur...lagi senang saya atur anak2 murid saya di sekolah" ..Katanya. 

 Daku turut melayan dengar  anakku bercerita.  Happy sungguh dia. Banyak lagi yg diceritakan Anis tentang kawan2nya. Daku layan dgn perasaan happy.  Moga kegembiraan ini dapat menyegarkan jiwa mereka dan menjadi satu perangsang untuk bekerja dgn lebih gigih kerana Allah doaku, kepada 11 orang insan yg berusaha mengeratkan tali silaturrahim dalam reunion mereka.  Aamiin.   Kataku kegembiraan adalah milik Allah dan dari Allah.  Ya Rabb daku suka mereka semua gembira. InsyaAllah.