Rabu, 12 Ogos 2026
Monday, 29 June 2026
Keluar airmata saya. Moga perempuan yg dinafkahi suami bersyukur dan redho dgn rahmat Allah ini. Aamiin.
Khamis, 29 Mei 2025
DrMAZA-Isteri nusyuz adakah hentikan terus nafkah?
Indahnya isteri yang di nafkahi suami... MaashaaAllah... janganlah isteri2 tak bersyukur dan tidak taat kepada suami.
Jika mereka tidak bersyukur dan tidak taat kepada suami, di situ mereka tidak berhak mendapat nafkah. MaasyaaAllah. Seronoknya menjadi wanita yang disayangi dan di nafkahi dalam satu rumahtangga "mawardah warahmah..." Isteri...banyak2lah bersyukur. Naik saksilah jika suami menafkahimu , mereka adalah orang yang benar2 baik dalam Islam.
Wahai lelaki, jadilah lelaki yang gentleman dengan memberi nafkah kpd isteri. Sukanya aku lihat mereka2 yang di nafkahi suami dengan seadil2nya. Berilah kasih sayang mu kepada isteri dengan mengajar ilmu agama kepada mereka sebagai tanda sayang kita kepada mereka. MaasyaaAllah. Bertuahnya perempuan yang bernama isteri.
Di sebaliknya pulak, Jika lelaki yang bersyukur apabila isteri menolong/menafkahi/sedekah, mereka hendaklah bersyukur...Jika tidak bersyukur itu sebabnya Allah tarik kembali keindahan yang didapati. Kegagalan bersyukur menjadikan terputuslah rezeki dari Allah
Bukan semua isteri berkira...macam yg ditayang2 dan diwar-warkan di media sosial....Bukan semua perempuan begitu. Nafkah adalah ibadah (Jika dari pihak isteri ianya menjadi sedekah) Belas dan kasihan menjadikan perempuan sanggup ambil tanggungjawab disamping mendapat pahala dari Allah Azzawajalla.
Betapa ruginya lelaki yang dihidangkan makanan setiap hari, dihormati, setiap hari dimanjai dengan segala kerja mendapat tolak ansur dari isteri, tetapi mereka tidak dapat melahirkan sikap bersyukur , maka dengan sikap itulah Allah tarik kembali rezeki yg Allah beri. Suami sekali2, jauhkan dari sikap sombong kerana sombong itu pakaian Allah. Marilah kita hidup dengan merendah diri Sabar dan Redho serta Bersyukur kepada Allah. Aamiin. Moga benarlah apa yang daku coretkan ini. Dari pengalamanku sendiri. Harap ianya mendapat iktibar dari sesiapa sahaja perempuan dan lelaki yang membacanya.
Tuesday, 23 June 2026
Indahnya Rasa Sabar dan Syukur dalam Diri - Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Allhhuma ma a inni ala zikrika , wasyukrika , wahusni ibadatiq...
Ya Allah bantulah aku dalam mengingati-Mu mensyukuri-Mu dan beribadat kepada-Mu.
1) Zikir dgn lisan,
2) Zikir dgn hati
3) Gabungan antara lisan dan hati.
Seafdhal2 zikir adalah zikir ke 3 ini.
Adzan...zikrullah.
Bismillah ...zikir
Alhamdulillah ...zikir.
Tiba2 terjaga malam..maka mulut sebut
Laailla haillahllah huah lahu la syarikalah lahul mulkulwalhul hamduwahuala kullisyai ingkadir... Alhamdulillah La illa haillahhlah allahhuakbar. Lahaulawala khuuwatailla billa dan sudahi dgn Allahhummagh firli...dan angkat tangan dan minta apa yang kita nak apa2...nescaya di mustajabkan doanya.
(Di ampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan)
Dia bangun di wudhuq dan solat dengan sesempurnakan ..
Bila kita buat macam Nabi suruh ini ...
Ucapan lahaulawakhuwwatailla billah. adalah gedung2 diantara gedung2 syurga. Ia adalah penawar bagi 99 jenis penyakit. Paling ringan sekali ialah penyakit hamb...: Penyakit stress/ depression...Kemurungan /gila
Point yg kedua ialah syukur kepada Allah. Syukur itu lawannya kufur...
Monday, 22 June 2026
Pasakkan Iman kita sekuat2nya. Mahalnya kepercayaan kita kepada Allah.
Kepercayaan kepada agama itu mahal. bukan mudah nak kata "Samiqna waamanna wataqna " Kami dengar,kami beriman dan kami taat bukan mudah Ini cabaran pertama kita. Ramai orang kadang2 dia akan tengok macam mana logiknya...macammana munasabahnya... Tapi saya nak bagi tahu satu, peri pentingnya kita letakkan dlm kepala kita dalam akal kita, dalam hati kita, bilamana ia datang dari Al Quran dan datang daripada Hadith yang soheh, yang sebenar maka kita beriman . Kita kena percaya membaca logik itu nombor 2. Jangan kata logik dan tak logik dulu..."" Siapa yang kata Allah kata" Allah itu sifat nya" kun fayakun"Allah itu dengan" Kun" "Jadi... Nescaya Jadilah." Kerana dialah Allah bersifat Kudrat dan Iradat...Ilmu bersifat Dia mampu melaksanakan apa sahaja." Faalun lima yuri..".Dia boleh buat apa yang Dia kehendaki.
Semua kita kena percaya apa yang datang dari Al Quran dan Sunnah.
Point paling penting ,bagaimana nak pasakkan keimanan itu di hati kita. Tak mudah..
Jangan di kira logiknya..Carilah yang datang dari Al Quran dan Hadith. Siapa yg kata ...Allah.
Penting sangat untuk memasakkan Iman ke dada.
Langgan:
Catatan (Atom)