Isnin, 6 April 2026

Uji Rashid ~Merpati ~Lirik




 

DrMAZA-Istiazah dibaca hanya pd rakaat pertama sahaja atau juga rakaat s...

 

Tuesday, 15 October 2024

DrMAZA-Istiazah dibaca hanya pd rakaat pertama sahaja atau juga rakaat s...

Apa yang Nabi ajar supaya Muaz tak tinggalkan baca ni

 Apa yang Nabi ajar supaya Muaz tak tinggalkan baca ni

Wednesday, 15 October 2025

 

Apa yang Nabi ajar supaya Muaz tak tinggalkan baca ni...
Allahhummainni ala zikrika...Wa syukrika  wahusni ..iba datik...( Ya Allah bantulah aku dalam mengingatiMu , mensyukuruMu dan beribadat kepadaMu )

Agama is not a purpose of intertainment......MasyaaAllah...
Jangan harapkan petua2 ...Letakkan tauhid yg benar.
.solat yg benar...  Buat Aktiviti agama ...bagus.  Nak ustaz yg menghiburkan...Apa ni?  
Agama jadi macam mentera...Ya Rabb jadikanlah kami semua jujur dlm ibadah...Carikanlah kami ubudiyyah agama...  (Iyyakanaqbuduwaiyya kanastain.)  KepadaMu kami sembah dan kepadaMulah  tempat kami meminta pertolongan... Ibadah dlm ertikata humbleness...
Kenapa saya solat saya tetap ada masaalah ...tak maju, tak naik...? 
Dia lupa Nabi Yusuf di buang dlm telaga  di jual...dipenjara,,,
Doa Nabi Yusuf...
Matikan aku sebagai seorang muslim dan masukkanlah aku sebagai orang yang soleh...

 Apa ni..... 
Jumpa ustaz nak naik pangkat nak berniaga berjaya...nak kaya...This not a purpose of ubudiyyah...

Syukur Ya Rabb...

Rumah Burung

Rumah Burung...


 

WHY IS IT POSSIBLE TO DO THE PRACTICES OF HEAVEN AND END UP IN HELL? Ust...

 

Monday, 13 October 2025

WHY IS IT POSSIBLE TO DO THE PRACTICES OF HEAVEN AND END UP IN HELL? Ust...


Ya Muqal libal qulub sabbit qalbi ala di nik...
Ya Allah yang membulak balikkan hati, tetapkan lah hati ini dalam agamaMU


Kata Nabi:  "Jangan kita berbangga dengan amalnya seseorang sehingga anda lihat bagaimana berakhirnya hidup dia."

Abu haurairah berkata telah bersabda Rasullullah SAW...
"  Ada seorang yang beramal sepanjang hidupnya dgn amal soleh (beramal dgn amal ahli syurga- HUSNUL KHOTIMAH) Ada pula yg lain, dan  dia beramal dgn amal mungkar (SUUL KHOTIMAH)  di akhir usianya dia maka akhirnya dia masuk neraka .

Beramal bukan kerana dunia..beramal mestilah kerana Allah.  Berusaha terus menjadi ikhlas.  (MASAALAH HATI ADALAH BERAT...JUJUR KEPADA ALLAH JUJUR KEPADA MANUSIA)...

Sebaik2 amal yang berterusan baikpon sedikit (istiqamah)   
Perlu ikhlas dan jujur. 
Amal itu, bagai dia di awalnya.   Takutnya..
Tutup perbuatan jelekmu kepada orang lain.  Kita kena takut mati seperti dahulu...rahsiakan dan terus ingat kepada Allah...
Beramal dgn ikhlas ...Bertaubat...

Meskipon amalnya sedikit tapi dia sangat baik kepada tetangga... sedekah jugak sedikit cuma sepotong keju sedekahnya...tapi dia tidak pernah menganggu tetangganyadengan lisannya maka kata Nabi : 
" Dia tempatnya di Syurga"

Jaga hubungan kita dgn Allah dan jaga hubungan kita dengan manusia juga.  
DENGAR TERUS WAHAI, SAHABAT BLOGKU..!!!

apa yg kutulis...

 

Friday, 6 February 2026

Hadiah Lagu: Kau telah di sampingku 1974...

 

Monday, 29 September 2025

Hadiah Lagu: Kau telah di sampingku 1974...

 

Lagu lamaku...hmmm sedapnya.
masa lepas sekolah.

Bintang2 yang di langit telah menjadi saksinya...
cinta yang sejati dari hatiku ini
chorus yg sedap...
janganlah dikau pergi sayang 
lari dari sisiku
hatiku kan  bahagia. 
kau telah di sampingku.  

Sedap lagu lama ku ini.  daku suka nyanyi lagu ni dulu. 




PANDANGAN TENTANG HIDUP

Tiada ku fikir akan berulang lagi,
Tak ku fikir terjadi,
Itu hanyalah cabaran bagiku,
Yang pasti aku hadapi,

Tak dapat untuk kita menafikan,
Hidup semuanya senang,
Tanpa dugaan juga kesabaran,
Hidupmu takkan berjaya.
Tetapkanlah iman menghadapi kesulitan,
Yakinlah pada dirimu sendiri,
Tiada siapa di dunia ,
Inginkan kesusahan,
Cubaan atasi dengan adilnya.

Itulah pandanganku tentang hidup
tak semudah yg di fikir...
akal menjadi punca yang utama,
Mengatasi segalanya.

Kita hidup di dunia nyata penuh rintangan
Lalui liku fitnah dan hasutan,
Untuk menguji sejauh mana teguh  imanmu,
Menghadapi penuh tenang dan sabar.

Itulah pandanganku tentang hidup,
Tak semudah yang di fikir,
Akal menjadi punca yang utama,
Mengatasi segalanya.

 

Wednesday, 4 September 2024

KEDUDUKAN SUNNAH DI SISI AL-QUR’AN

 


BAYAN LINNAS SIRI KE-116: KEDUDUKAN SUNNAH DI SISI AL-QUR’AN

 Hubungan al-Qur’an Dan Sunnah

Di dalam al-Qur’an banyak ayat yang menceritakan kebersamaan lafaz Allah iaitu mewakili al-Qur’an dan Rasul mewakili sunnah Nabi SAW. Antara ayat tersebut adalah berdasarkan firman Allah SWT:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنزَلَ مِن قَبْلُ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab al-Qur’an yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad, SAW) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu sebelum daripada itu.” [al-Nisa’:136]

 

فَآمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Maksudnya: “Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimah-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia (Rasulullah SAW) supaya kamu beroleh hidayah petunjuk.” [al-‘Araf:158]

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada uli al-amr (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembali kepada (kitab) Allah (al-Qur’an) dan (sunnah) rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan juga hari akhirat.” [al-Nisa’:59]

 

Di dalam kesemua ayat di atas, Allah SWT memerintahkan kita agar beriman dengan apa yang terkandung di dalam al-Qur’an dan juga beriman dengan setiap yang dibawa oleh Rasulullah SAW samada dari sudut perkataan, perbuatan dan sebagainya. Maka dengan itu, jelaslah kepada kita bahawa al-Qur’an dan sunnah memang tidak boleh dipisahkan sama sekali kerana keduanya saling perlu memerlukan.