Anis beli "sea weed "yang kecil2 dimana sea weed ini mereka makan terus dengan membalut nasi beserta bahan2 lain dan kuah. Tetapi daku dapat juga membuat susyi ini dengan menyambungkan dua keping sea weed tersebut.
Nasi pulak daku buat pakai Beras perang. Pon sedap tak terkira rasanya. Bila nasi telah masak maka masukkan nasi tersebut kedalam bekas semasa panas2 itu kita gaulkan dengan bancuhan cuka gula dan garam yang telah betul2 larut.
Setelah itu gaul biar semua sebati. Nasi itu akan menjadi lemut dan melekat antara satu sama lain. Daku tadi letakkan beras pulut sedikit agar ianya lebih melekit. Bila cukup gaul maka nasi tersebut telah boleh di bentukkan didalam sea weed tersebut.
Ulam atau bahan yang dibuat susyi hari ini ialah telur dadar yang di letakkan susu pekat manis, agar ia menjadi manis . Daku rebuts lobak merah dan dipotong jari memanjang. Timun juga ulaman yang di potong jari, memanjang. Istimewa Lobak putih(daikon) daku telah jerukkan beberapa hari lalu. Wau sangat mantap.
Dengan menggunakan 2 helai sea weed, daku bentukkan balutan susyi tersebut. syukur Ya Rabb sedap juga...Tambahan pulak, daku tak perlu buat lagi "black sesame" untuk di buat penyicahnya. "Black sesame" telah anis beli yang sedia untuk dimakan. Syukur.
Bagiku mantap
Sedap.
Jika nak buat kuah kicappon boleh. Tapi daku tak cicah kuah kicapopon. Daku suka "Sesame yg di campur dgn Mayonis" Sedap dah tu...Hihi.
Sekian Syukur Ya Rabb dengan anugerahMu kepadaku. Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan