Sabtu, 25 Mei 2024

Menu pagi kedua roti canaiku agak tak memenuhi diet hari ni...

 Ini roti canai produk Frozen yang sedap berbanding yang lain2 roti canai.  Pandai mereka buat .  Bila kita dah masak dengan air fryer...Ianya sangat cantik berlapis macam roti canai yang kita beli...hihi...Dia antara satu2 frozen roti canai yang baik buatannya....Ini pendapatku la.


 
Roti canai Frozen yang terbaik teksturenya bagiku...hihi...
Pendapat orang lain belum tahu lagi...


Ini ialah telur hancur Scrambled Egg cara bapakku...Kami dari kecil di perkenalkan oleh pak scrambled egg ni untuk makan dgn roti canai...Pak ajar masaknya.  Kena pandai masak ni jika nak hidang makanan Pak...hihi...Pak... Pak...

Caranya :

Pecahkan telur 1 biji...Kacau, masukkan lada hitam yg di tumbuk, letakkan satu sudu air, masukkan garam.Goreng bawang hingga garing masukkan campuran tadi  kacau tutup api.  angkat semasa suku masak...Jangan sampai dia keras ...Tutup api masa cairan masih lembut.  Hmm...sedap untuk cicah roti canai...


Scrambled egg atau telur hancur...


Scrambled egg, mempelam dgn yogurt
 dan susu segar..



Ini makanan pagi ku tadi...


Roti canai frozen sedapku...


Ini mempelam dengan yogurt buatan ku sendiri...
Dah 2 hari dah jadi perlu di peti aiskan...Paham ke 
bahasa kampongku ini...hihi



Posted by Noraini... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...