Menu Berbuka Puasa Isnin Hari Ini.
Menu hari ini ialah, Gulai Tauchu, Rebus Kacang Bendi, Terung Bakar , Sambal Belacan, serta pembasuh mulut Kuih Som Som Putih. Anak ku request jugak meskipon daku tak suka jika tiada daun pandan tetapi dia kata masa kecil2 dulu daku masakkan. Daku dah lupa mungkin ibuku, opah dia yang masakkan. Hi hi...
.Apapon mari kita bersyukur...
Ini kuih som som yang kita makannya dengan air gula.
Gulai Tauchu Ikan Temenong...Daku memang suka ikan ini.
Ini rebusan kacang bendi..,untuk di cicahkan
sambal belacan...sedap sangat ni...
Ini sambal belacan yang daku buat siap2 dan letakkan dalam peti sejuk untuk memudahkan kita, bila hendak makan tanpa mengambil masa yang lama menyediakannya.
Sedap terung bakar ni. Untuk cepat mulanya daku masukkan dlm micro wave dan daku bakar pula dengan air fryer...hihi. percohbaan yg berjaya.
Ini air sirap merah dengan buah kabong...Wau mantap. Daku suka sangat.
Masakan hari ini.
Menu hari ini. Daku harap bila makan nanti
daku suka. Sekarang dah pukul 7.22.. Dah masuk waktu pon...Selamat Berbuka....Syukur diatas rahmat Allah...Yaa Rabbulalamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan