5. Kitab Shalat
Bab 12. Selawat kepada Nabi saw. sesudah tasyahhud
( HR.MUSLIM No:614 )
Hadis riwayat Kaab bin Ujrah ra.: Dari Abdullah bin Abu
Laila, dia berkata: Kaab bin Ujrah menemuiku dan berkata: Maukah engkau
aku berikan hadiah? Rasulullah saw. pernah menemui kami, lalu kami
berkata: Kami telah mengetahui cara membaca salam untuk Baginda, lalu
bagaimana kami membaca selawat untuk Anda? Beliau bersabda: Bacalah:
"Allahumma shalli `alaa Muhammad wa `alaa aali Muhammad kamaa baarakta
`alaa aali Ibrahim. Innaka hamiidum majiid. Allahumma baarik `alaa
Muhammad wa `alaa aali Muhammad kamaa baarakta `alaa aali Ibrahim Innaka
hamiidum majiid". (Ya Allah, limpahkanlah sejahtera kepada Muhammad dan
keluarga nabi Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan
kesejahteraan kepada keluarga nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkau maha
terpuji lagi mulia. Ya Allah, limpahkanlah keberkahan kepada Muhammad
dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan keberkahan
kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha
mulia).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan