Rasulullah Dan Muezza
Diceritakan dalam
suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Setiap Nabi akan menerima tamu di rumah, baginda
selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas pahanya. Salah satu sifat
Mueeza yang paling Nabi sukai ialah, Mueeza selalu mengeong ketika mendengar
azan seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti laungan azan.
Nabi juga berpesan untuk
menyayangi kucing peliharaan layaknya menyayangi keluarga sendiri. Suatu saat,
dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur
dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu,
nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika
Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai
balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan
munggil kucing itu.
Hukuman bagi mereka yang
menyakiti haiwan comel ini sangatlah berat, dalam sebuah hadist shahih Al
bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan
kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi
S.A.W pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Beberapa diantara orang terdekat nabi juga
memelihara kucing. Aisyah binti Abu-Bakar As-Siddiq, isteri nabi amat
menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si
kucing. Abdur Rahman bin Sakhr al Azdi. diberi julukan Abu huruyrah (bapak para
kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara pelbagai
kucing jantan dirumahnya.”
Diriwayatkan dan Ali bin
Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam
pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas,
tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika
sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilat
bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut
berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau
menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak
dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar
dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur.
Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia
memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat,
ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur
tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu
membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah
SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah
melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat
AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni]. Hadis ini diriwayatkan dari
Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan