
BONGKAR! Ladang Haram & Cucu Cicit Komunis
The Untold Story





APA HALNYA KAT SUNGAI CHALIT NI?
SEKARANG NI APA JADI?
Musang King bang! Bukan sikit² hutan dikerjakan, 11,000 ekar, bukan kecik, dekat sama besar dengan keluasan satu Putrajaya. Hasil balak dirompak, tanah bukit ditarah, pokok durian tumbuh merata. Semua ni bukan dibuat atas tanah bapak diorang tapi diceroboh atas tanah milik negara. Habis licin hutan simpan kekal diceroboh. Jalan belakang punya kerja. Siap ada sistem, nama pakai orang lain, ada proksi, ada syarikat 'hantu'.

Di sekitar Raub (termasuk Sg Chalit), ada 2 nama syarikat gergasi yang pernah timbul dalam isu ladang durian haram, tapi aku tak boleh tulis kat sini lah. Nak ditelan mati mak, diluah mati bapak. Dikemam eh matilah nakkk.
Namun hakikatnya, banyak ladang kat kawasan dalam ni tak berdaftar bawah mana² entiti sah. Diorang jalan guna nama individu, proksi, atau ‘Ali Baba’.
Diceroboh sejak tahun 1978 - 2013 di dalam era Ahli Parlimen MCA, dan kemudian pada tahun 2018 sampailah harini bertukar kepada DAP, semakin lama semakin kebal. MCA ke DAP ke, sama je diorang ni. Orang Melayu je masih tak nampak. Sibuk taksub dengan politik sampai buta. Sedangkan mereka walaupun berlainan parti, tetap membawa matlamat yang sama demi survival bangsa mereka.

Dorang guna sistem sewa pajak tanah tradisional secara haram tapi kebal sebab dah bayar “premium” bawah meja kat kroni
penguasa tempatan.

Ladang haram ni 100% dalam kawasan yang kubu tinggalan komunis. Agaknya apa yang peladang Haram ni buat kat dalam ladang tu? Aktiviti underground tersorok di sebalik terowong tinggalan komunis?
Dari maklumat cerita² orang kampung di sekitar Raub, “runner” dorang ada kaitan dengan bekas pejuang bersenjata komunis era 70an.

Ada kebocoran info dari sumber dalaman pihak berkuasa, sesetengah pegawai dituduh ‘pejam mata’ sebab ada habuan dari hasil durian export.
Ladang ni bukan untuk pasaran tempatan je bang. Musang King dari kawasan ni bukan lah diseludup, tapi menggunakan 1 syarikat gergasi yang dah lama memonopoli pasaran eksport durian ke luar negara secara ‘low key’. Hong Kong, China, dan Singapura. Diorang ni peladang Haram, mana ada geran, mana bayar cukai, jadi mana ada AP nak eksport besar²an. Jadi ada 1 syarikat gergasi yang meraih buah dari peladang Haram ni bawak masuk kilang, repack, eksport secara mega ke luar negara. Sebab 1 company ni je yang ada AP.
Siapa company yang terlibat? Ish. Ish. YTJT
Ibarat kata, buah dari ladang haram, supply ke syarikat ni, terus jadi halal untuk dieksport.

Warga China “kosong” yang korang syak tu tak mustahil bang. Kemungkinan besar mereka ni masuk ikut “jalan depan” guna ejen pelancongan, terus ke ladang. Tak main la jalan belakang kan. Sebab apa? Raub dah digazetkan sebagai daerah Durian Musang King. Pastinya kerajaan meletakkan Raub sebagai 1 destinasi pelancongan. Ngam² lah ber bas² warga China masuk ke ladang ² ni kononnya melancong, tapi yang keluar cuma driver bas je. Penumpang semua ghaib. 

Ada spekulasi yang disyaki: di sebalik buruh ladang, adanya team “operative” (penghubung dalam aktiviti pelaburan asing kelabu) panjang kalau aku nak kupas pasal puak kelabu asap ni. Mudah kata, sindiket bawah tanah, money laundering, kartel, kongsi gelap, perlombongan haram, proxy dll)
Dorang ni yang buka pintu, jadi fixer, bagi laluan, cover line atau uruskan semua 'kerja belakang tabir'. Dorang ni penting bang, sebab dia lah yang tau segala rahsia, tukang tunjuk jalan mana tanah boleh diceroboh, pemalsuan dokumen, prepare kabel dengan orang atasan, kadang² tolong coordinate pelindungan dari kongsi gelap tempatan.





Dari Pena Kubu Komunis ke Ladang Haram
Konspirasi Terpendam di Sebalik Musang King


Tapak operasi gerila komunis
Terowong, laluan sulit & strategi gerila hutan
RPSK & dasar memisahkan penduduk dari pengaruh komunis


Sungai Chalit, sebuah kawasan pedalaman di Raub, Pahang, bukan sekadar kampung biasa. Zaman Darurat dulu, tempat ni menjadi markas utama gerakan komunis. Dikelilingi hutan tebal dan laluan sukar dikesan, sesuai untuk gerakan gerila. Komunis buat terowong bawah tanah, pos kawalan rahsia dan kubu simpanan senjata.
1977, askar Melayu Diraja terlibat dalam operasi besar²an kat sini, menunjukkan betapa strategiknya kawasan ini pada masa itu. Kemudian, kerajaan tubuh Rancangan Penempatan Semula Komuniti (RPSK) Sungai Chalit untuk mengasingkan penduduk dari pengaruh komunis.
Lepas darurat tamat, kawasan ini x dibangunkan secara menyeluruh. Ramai bekas komunis dah berkeluarga dan mereka kekal beranak-pinak kat kawasan ni – dan di sinilah benih komunis moden mula bercambah.

Pada dasar luaran, Musang King hanya kelihatan sebagai hasil pertanian premium. Tapi realitinya? Di Sungai Chalit, ladang² haram ini wujud atas tanah kerajaan dan kawasan hutan simpan kekal secara haram.
Dorang gunakan nama individu, proksi atau syarikat Ali Baba untuk elak dikesan. Di sebalik ladang haram nj dipercayai terdapat:
- Laluan dan terowong lama digunakan untuk logistik senyap
- Tempat simpanan emas/senjata saki baki era pemberontakan
- Operasi risikan dan kemasukan warga asing tanpa dokumen
(orang cakap lah, boleh lah ATM hantar Intel untuk siasat, dan aku rasa risikan ATM pun tau dh kot benda ni)
Banyak ladang ini wujud atas tanah yang dahulu merupakan tapak strategik komunis. Tanam durian tu cuma nak ‘wayang kulit’ je.
Namun, ramai peladang haram kat Sg Chalit xberdaftar secara rasmi. Sebahagian mereka dipercayai cucu-cicit bekas pengganas komunis yang masih tinggal di kawasan Sg Chalit lepas program RPSK Sg Chalit 1970. Mudah kata dari Pekan Sg Ruan - Pekan Sg Klau ni memang kampung bekas pengganas komunis lah. Dah jadi kampung diorang kan, so dorang gunakanlah pengaruh tempatan yang dorang ada untuk jadi semakin kebal sampai boleh halang segala penguatkuasaan undang².
Bukan setakat kebal underground je, dorang dah pun ada pengaruh dari dalam kerajaan sendiri sebagai perlindung.
Bak kata otai², dulu, Komunis dalam hutan, sekarang, keturunan komunis dah ada dalam parlimen.

Pemerhatian dari tapak menunjukkan kehadiran ramai warga China tanpa dokumen sah bekerja dan menetap dalam ladang ini. Ada kemungkinan:
- Mereka bukan buruh biasa, tetapi "operative" ekonomi
- Terlibat dalam pemantauan kawasan dan risikan
- Kemasukan mereka mungkin dikendalikan melalui ejen pelancongan atau jalan tidak rasmi melalui hutan.
Imigresen boleh dah masuk buat tinjauan.

Antara jejak fizikal yang dipercayai wujud:
- Struktur terowong konkrit lama
- Sisa logam yang boleh jadi bekas simpanan senjata
- Bunker bawah tanah lama dengan sistem pertahanan
Kat atas tu, betul ke setakat tanam durian semata² je? Ada terowong lama, tempat simpan barang, dan ada dakwaan yang pernah didedahkan dalam blog, kemungkinan ada tinggalan senjata lama. Mungkin lah. Ada juga warga asing, dari China pulak tu, yang takde dokumen, tapi tinggal dan kerja kat ladang tu macam biasa.
11,000 ekar tu ntah agaknya dah rupa perkampungan kat atas tu.
Kau rasa? Ni bukan cerita konspirasi kosong bang. Bukti fizikal pun ada, tinggal nak bongkar je.

Ada laporan bahawa segelintir pegawai tempatan "pejam mata" atas rasuah dan tekanan politik. Malah, penguatkuasaan sering ditangguh kononnya atas sebab keselamatan, walhal ia alasan untuk beri masa pengosongan bukti.
Isu ini bukan sekadar pencerobohan tanah, tapi boleh jadi:
- Isu keselamatan negara
- Ancaman terhadap kedaulatan dan pengaruh asing
- Simbol kegagalan sistemik pengurusan pasca-darurat

Pada 2020 Mahkamah Tinggi dah putuskan semua peladang Haram perlu mengosongkan tanah. Dorang lawan, dorang tubuhkan NGO SAMKA (Save Musang King Alliance), datanglah YB Chow Yu Hui Ahli Parlimen Raub bergabung dengan Wilson Chang membela penceroboh Haram dan mencabar mahkamah untuk Semakan Kehakiman. Akhirnya tahun 2024 sekali lagi Mahkamah Rayuan menolak permohonan mereka dan semua penceroboh Haram perlu patuh arahan mahkamah dan mengosongkan tanah.
Hebat tak hebat diorang ni? Tak hebat pun, tapi disebabkan ada pengkhianat negara yang melindungi mereka. Sepanjang tempoh perintah mahkamah, mereka masih keluar masuk ladang haram, mengambil hasil setiap musim, mengaut keuntungan tanpa henti. Agaknya, dorang yang hebat atau orang besar atasan kita yang Bangsat? Kalau pintu tak dibuka, mereka pun tak berani nak masuk. Kena cari lah siapa yang bukakan pintu tu.

- Audit tanah menyeluruh kawasan Sungai Chalit dan sekitarnya, Pejabat Tanah kena bongkar penama² geran yang ada di seluruh kawasan Sg Chalit. Buka balik fail lama. Siapa punya, Bila dapat, macam mana boleh dapat.
- Banci penduduk. Habtar Jabatan Perangkaan untuk buat bancian penduduk, pekerja, peniaga dll yang berkaitan. Kat sini dah boleh sapu bersih puak warga asing yang kosong. Buat pakatan bersama agensi kerajaan lain mengikut bidang kuasa berkaitan. Imigresen Ready tunggu arahan atasan je tu.
- Siasatan khas SPRM terhadap semua transaksi tanah & syarikat durian yang terlibat di sekitar kawasan Sg Chalit. Siasat sampai ke akar umbi.
- Penubuhan pasukan forensik sejarah & keselamatan.
- Ajak NGO bersama dalam Operasi ni sebagai check & balance. Sebagaimana TITAH Tuanku Sultan yang meminta rakyat menjadi mata & telinga sultan, Kerajaan disarankan ajak dan bergabung dengan NGO dalam operasi ladang haram ni. Kami NGO nak lihat ketelusan kerajaan dalam membanteras LADANG haram ni. Jangan ada hidden agenda. Jangan ada pintu belakang.

Ramai rakyat yang dah nampak benda ni semua bukan kerja kecik. Tapi peliknya, penguatkuasa buat² tak nampak. Sultan pun dah bertitah murka dengan pencerobohan yang semakin berleluasa di Pahang. Mungkin sebab ada yang kenyang, atau ada arahan dari atas yang menghalang penguatkuasa bawahan bertindak.
Kalau kita terus diam, esok² anak cucu kita bukan je takde tanah, tapi mungkin dah hilang negara. Sungai Chalit bukan sekadar tempat tanam durian. Ini tempat yang simpan sejarah, simpan rahsia, dan sekarang, jadi medan pertarungan antara kebenaran dan ketamakan.
Suara rakyat bukan main² bang. Ini bukan dokumen rasmi, ini jeritan rakyat dari akar umbi.

Presiden Pertubuhan Pusaka Armada Panji Laksamana
Presiden Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia
Guru Ajar Penchak Pukulan 13
Sekratariat Kedaulatan Agama dan Negara