Ini lampu yg adikku kirim untukku. Tq Maznah.. Prihatin nya dia pada kakaknya ini. Maznah! Maznah! ... Baiknya adikku sayang ni.
Ini adalah Clip Touch Lithium Radio Lamp.
Multi - function Battery led table lamp.
Dia boleh diadjust dgn 3 warna.. Putih,.sederhana orange.,dan orange.
Mengapa perlu ada warna orange tu? Jika mata kita tak tahan dgn warna putih itu kerana silau, kita memerlukan warna orange... Mari ku sentuh tentang warna bila kita memandu. Apa fungsi warna bila kita memandu?
Jika di jalanraya warna memainkan peranan. Bila hari berkabus kuat kita perlu menggunakan warna yg orange.. Aku pon tak tahu dulu.. Tapi ada satu enginear tu cakap pada aku. O! Patut la kataku. Baru ku tahu mengapa putih mengganggu aku semasa drive di waktu malam. Silau warna lampu yg putih. Dulu asalnya tak di benarkan tapi sekarang dah dibenarkan guna warna tersebut untuk kereta. Heran juga. Maka ciri2 keselamatan dah tak dititik beratkan dah kot sekarang... Tu semua RIMV punya cerita.. Saja ja aku suka sentuh bvab tu..... Hihi.
Ini warna agak sederhana.. Warna putih dan di gabungkan dgn warna Orange... Daku belum cuba lagi warna ni.... Daku belum cakap lagi cuba untuk apa ya... Sebenarnya daku guna lampu ni untuk baca Quran.. Jika yg tulisan pada naskah tu agak kelabu kena guna warna yg sesuai. Mana satu warna paling baik. .. InsyaaAllah nanti boleh cuba.
Lampu yg daku ada untuk baca quran warna putih. Ianya agak besar lagi kuat pencahayaan nya.Lihat lampu ni...
Ini lampu yang anak aku belikan. Ianya membantu betul bila kita membaca. Sebenarnya kita orang tua agak terganggu jika pencahayaan tidak cukup masa membaca. Lampu ini bagi daku pon dah banyak membantu.
Daku suka bagi contoh untuk orang2 yg tua macam ku agar lebih seronok dan mudah membaca Quran... Memang kita jadi happy bila ada lampu ini. Itu sebab daku suka share agar orang lain dapat idea untuk happy masa baca quran... .
Mari lihat warna ini. Jika kita rasa silau sure yg ni baik utk kita gunakan ya. Masa kita memandu dijln raya warna ini tidak mengganggu mata kita di waktu malam. Jika warna putih suluh kita dari hadapan, aduh rasa nak pejam mata.
SEKARANG RIMV tak ambil hirau ini semua.
Seingat aku dulu kereta mewah sahaja yg guna warna putih silau tu... Sekarang semua kereta dah boleh guna.
Warna yg tak silau pada mata kita.
Warna kombinasí 2 warna putih dan orange.
Warna putih bersih
TQ Maznah....Baiknya dia pada kakaknya ni. Maznah maznah... Baiknya adikku sayang ni...
Kecil aja kotak lampu ni... Hihi
Okey.... Mari kita tengok lampu besar yg kita gunakan untuk baca quran semasa solat...Ini stand lamp. Lampu ini dapat membantu kita untuk baca quran semasa solat. Sangat2 membantu lampu ni. Jika boleh dapatkan Quran bersaiz besar. Mudah lagi menyeronokkan. Ianya ternyata membantu kita untuk nampak tulisan pada naskhah kita dgn jelas. Daku sudahi dengan terima kasih jika tuan puan dapat menjadikan idea utk bawa surah panjang dlm solat. Jika tak hafal tentu kita memerlukan Quran dlm solat kita..
Sekian.
Moga Bermanfaat.
Aamiin.