"Tatkala engkau membahagiakan orang yang dalam kesusahan dengan sedekah, sesungguhnya Aku berada di sampingnya."
Assalamualaikum pelayar Blogku.
Aku akur dah tahniah aku ucapkan kepada BN kerana memenangi PRK Ayer Kuning. Bagiku memang telah diduga kerana Ayer Kuning memanglah Kubu Kuat UMNO. Mengapa daku suka ikuti? Daku memang ingin tahu bagaimana Kekuatan Kerajaan Perak di bawah Ds Sharaani. Daku akui kekuatan beliau tetapi beliau jugak kena akur jika ada kelemahan yang terpaksa beliau telan jika ditujukan kepada beliau. Apa yang aku nampak beliau masih dalam keadaan tidak sedar mungkin dlm lamunan mimpi dengan menganggap perkara itu fitnah. Mana ada manusia di dunia ini yang tidak melakukan kesalahan, alpa atau terlepas pandang. Sebagai pemimpin bagiku, beliau kena alert dan segera ambil tindakan atas apa yang berlaku. Jika beliau menyelesaikan masaalah itu, pon bukan melibatkan duit beliau sendiri, tapi peruntukan kerajaan . Apa yang ditakutkan lagi. .
Daku tak pernah menyesal apa yang daku tulis tentang pencemaran bau yang berlaku Kampong Melayu tersebut. Bukankah kejadian itu SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. Apa yg daku nampak mereka yang menjawat jawatan tinggi memang tidak berapa perihati terhadap Rakyat Jelata tambahan pulak gulongan yang marahein. Mereka seolah2 lupa jika mereka menolong menyelesaikan masalah orang lain, akan Allah rahmati mereka. Tambahan pulak itu satu tanggungjawab yang wajib atas mereka setelah Allah anugerahkan pangkat dan jawatan. Mereka akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat nanti.
Kadang2 daku nampak mereka dalam keadaan lupa bahawa Allah Yang Berkuasa sedang memerhatikan mereka dari atas sana. Entahlah, mungkin daku dididik sebagai anak kampong yang bukan siapa siapa, hidup sederhana, low profail,kami tak pernah dikenali ramai, kami jugak tak kaya tapi kami masih mampu melihat masalah orang lain sebagai masalah sendiri.. Bila jiran kami susah kami buka mata untuk menolong. Dari kecil sehingga dewasa kami sentiasa melihat arwah ibu dan bapa kami menolong orang2 susah. Maka, sukar bagi kami untuk pejam mata dan tak mengendahkannya. .
Kadang2 daku rasakan daku tak perlu lahirkan rasa kecewaku. Tapi daku dari mude lagi tak suka melihat murid susah. Pernah murid kecilku menjolokkan jarinya kebaju koyak rakannya maka itu petanda Allah suruh daku bersedekah lantaran kesian. Kami guru2 yg mengajar di kampong memang mudah/sentiasa bertemu dengan kesusahan murid yang perlu kami bantu. Meskipon di Taiping daku masih diketemukan Allah dengan anak2 pekerja kilang yang seringkali dalam kedhaifan. Berkali2 baju anakku, kasut sekolah anakku menjadi korban sehingga kadang2 daku terlupa menganti kembali kepada anakku lantaran kesuntukan masa untuk membelinya , kerana terlalu sibuk. Jika ada murid susah kami guru2 memberi belanja untuk mereka makan di kantin. Kami ambil tanggung jawab itu.
Aku tak mahu lagi menulis panjang, kerana aku dah fed up , aku benci dan aku dah nak termuntah. Maafkan aku. Memang aku hairan jika seorang Guru tidak perihatin dan mengambil berat kesusahan masyarakat kampung yang dilanda masalah pencemaran udara yg mengancam kesihatan dll masalah yang bakal berlaku lagi...........Eni biarkanlah mereka.
Biarkan mereka alpa dan terus alpa,
Biarkan mereka kaya dan terus kaya,
Biarkan mereka gombira dan terus gembira,
Biarkan mereka berpesta dan terus berpesta,
Kata aku....