Aku pernah baca petikan2 ini masa aku muda. Buku tersebut nipis sahaja. Bukan itu sahaja tetapi banyak lagi tatacara , perilaku dan sikap kita saat menyantuni anak atau keluarga yang dimuatkan mengikut lunas Islam.
Mari aku ceritakan cara2 untuk menyantuni anak2 yang dah besar di khalayak ramai. Daku suka cerita begini kerana masih ramai bapa2 pon ibu2 yang tak paham cara2 menyantuni anak di khalayak ramai samaada waktu melawat anak2 di asrama atau di sekolah mahupon di pusat2 pengajian tinggi.
Jika kita ada anak perempuan, sebagai ayah jangan peluk anak kita di hadapan khalayak ramai. Ianya satu sikap yang tak manis. Memang halal tapi ianya tak manis apabila anak perempuan besar dipeluk ayah, bapa ataupon daddynya di klayak ramai atau di sebaliknya. (Vice Versa) Tak sopan namanya tu.
Berbeza pulak dengan ibu jika dipeluk oleh anak lelakinya yg bersekolah tu masih nampak manis tertapi lebih baik jangan dan bersalaman serta cium dahi ibu sudah memadai. Itulah cara paling baik. Anak2 boleh menyantuni ayah hanya dengan mencium tangan mereka sangat memadai.
Begitulah juga adat2 kita di media sosial dengan pamerkan kemesraan kita tanpa segan silu. Meskipon pasangan itu telah tua kita tidak boleh minta mereka menunjukkan kemesraan mereka samaada mereka berpeluk atau sebagainya. Itu satu perilaku yang tak sopan. Pamir pulak dalam Tik Tok. Adakah perbuatan itu kelihatan manis dan orang2 yang lain turut ketawa kegembiraan melihat mereka berpelukan. Wajarkah perilaku demikian di Tik Tokkan. Sebenarnya ianya tak manis dan tak wajar di Tik Tokkan.