Khamis, 11 Julai 2024

Wasiat Rasullullah kepada Abi Dzar Al-Gifarri

 

10 Julai 2023 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Wasiat Rasullullah kepada Abi Dzar Al-Gifarri
WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY
Abi Dzar Al-Gifarry adalah seorang sahabat Rasullullah SAW yang terdekat dan amat mesradengan beliau. Ia menyebut Rasullullah lain dari sahabat lain, menyebut beliau dengan sebutan "khalilie" (sahabatku yang akrab). Abi Dzar menonjol dlaam keikhlasannya berjuang, dan sangat cinta dan sayang kepada kaumfakir miskin, dan kerana itu ia sering disebut Bapak kaum fakir-miskin, dan ada pula ia gelari orang sebagai Bapak sosialis Islam. Ia tidak kenal kompromi dalam membela kebenaran dan menghancurkan kebatilandari manapun juga datangnya. Ia beroposisi kepada Khalifah Usman bin Affan kerana dipandangnya pemerintah di kala itu royal dengan wang negara untuk kepentingan klient dan famili golongan yang berkuasa. Kepada Khalifah Usman ia berkata; " Beri khabarlah orang2 yang menumpuk harta benda ini dengan api neraka yang membakar!" dan kemudian dia susuli dengan membaca firman Allah: " Dan orang -orang yang menumpuk emas dan perak dan ia tidak nafkahkan dijalan Allah, maka peringatkanlah, bahawa mereka akan menderita azab yang sangat pedih! ( Al-Quran, Surat At-Taubat ayat 34 )

Kerana sikapnya yang redikal dan tidak kenal kompromi itu, pemerintahan Usman takut kepadanya kerana pengaruhnya yang besar kepada umat sebagai sahabat Nabi yang terpecaya. Usman membuangnya ke Syria yang waktu itu diperintah oleh Gabenor Muawiah yang terkenal korup itu. Di sana sikap Abi Dzar tetap seperti sedia kala, menyampaikan dakwahnya dengan peringatan-peringatan yang keras . Ayat-ayat yang dibacanya kepada Usman dibacanya pula terhadap Muawiah bin Abi Sufyan itu. Gabenor Muawiah menyogoknya dengan wang nya, tetapi Abi Dzar tidak mempan untukdiperlakukan demikian itu. Ia tetap berbicara di depan umum sesuai dengan fungsinya sebagai Ulama, yakni menyatakan kebenaran dimana sahaja,kapan saja tanpa terpengaruh dengan kondisi dan situasi. Dan sebagai waratsatul Anbiya', dengan segala keberanian dan kejujurannya yang menonjol, Abi Dzar berkata pada penguasa waktu itu:" Sekiranya kamu meletakkan pedang terhunus di leherku untuk mencegah aku dari mengucapkan kata-kata yang pernah aku terima dari Nabi SAW nescaya aku akan terus juga bicara walaupun leherku akan putus.|

Sedehnya aku baca artikel yg ku poskan di youtube 1 tahun lalu dapat mengeluarkan air mataku...Hebatnya Abu Dzar Alghifari....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...