Khamis, 11 Julai 2024

Nak masak apa hari ni?

 


"Rupa macam ni Nasi Daging Utara"

Hari ni nak masak apa belum tahu,

Masak nasi Arab sedap juga atau Nasi daging.  Kalau Nasi daging cantik sangat sebab buah tomato ada.  Bolehlah kalau nak buat sambal kerisik.  Sebut sambal kerisik teringat kat Pak,  Pakku rajin masak nasi daging.  Daging tu dicicah dengan sambal kerisik.  Hmmm Yummy...Pak kalau masak nasi ,mesti dia yang masakkan bukan mak.  Pak hebat memasak untuk nasi kenduri.  Hebat pak masak..

 Jika nak menyambut puasa Pak akan masak dan jemput kawan2 Pak datang makan .  Menjelang Raya ,jika menyembeleh Lembu Pak mesti membuat soup seperiok besar dan kawan Pak dan mak di jemput makan pada bila2 masa.   Datang je.  Bawa anak2 mari makan.  Itulah  seni nya hidup Pak.   Pak dan mak suka bersedekah.  Kami dari kecik sedia maklum dah sikap mereka. Moga anak2 mak dan Pak ikut sama.  Seni sungguh .   Kami tak buatpon jika  sambut puasa sengaja happy2 ajak kiawan2 makan.rajin Pak Cuma kalau open house tu adalah daku buat masa sekolah.  Dah tua malas dah...Kan sebab tenaga tak macam kita muda...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...