Ini laman aku menulis apa sahaja yang terlintas di benakku. Jika aku tak tulis di sini aku jadi mati akal. Dulu sungguh lepas daku sakit daku di atas katil selama 11 bulan Maasyaalah lama sungguh daku berkerusi roda untuk ke tandas. Betapa susahnya . Semasa tak berkerusi roda.ia itu sebelum daku boleh duduk atas kerusi roda sendiri tanpa bantuan orang lain daku a mbil wuduk dengan menggunakan baldi yg di letakkan di tepi katilku kerana untuk turun kerusi roda pon daku tak mampu.
Mujurlah daku boleh sabar. Telefon pon daku jadi benci, Lap Top ku lebih2 lagila daku tak suka. Hampir 2 tahun blogku ini sunyi. Tapi bila daku mula rasa nak mengeluarkan patah2 perkataan lambat daku kena banyak terus membaca Quran dengan bertadabbur. Jika tidak daku baca Quran tanpa tadabbur. Jadi ini menjadikan kita seolah-olah belajar membaca kembali. Syukur..macam budak sekolah rupanya untuk kita membaca lancar...hihi. Pengalaman membuat daku lebih matang untuk daku tumpahkan rasa syukurku kepada Allah
azzawajalla. MaasyaaAllah rupa2nya banyak perkara kita belajar dari musibah yang menimpa kita. Daku makin bertahbah sabar menghadapi sakit ini. Pada masa kakakku datang meminta izin dariku untuk pergi mengambil air jampi untuk ku...Daku memang tak mahu daku kata daku akan buat sendiri. Sama sekali daku tak mahu di rukyah oleh siapa2 yang daku pon tak kenal. Banyak kali dia memujukku...daku tak mahu , akhirnya dia akur. Kakak kakak...Kita kena minta sendiri pada Allah. Jangan asyik pergi kepada bomoh dan sebagainya. walaupon kakak kata mereka di masjid...ka...tapi Eni tak mahu harap orang lain tolong buat air untuk di jadikan ubat melainkan emak kita abuat akan mendapat berkata seorang ibu.
Aku teringat...Hidupku Allah uji dgn pelbagai masaalah . Syukur pada masa daku dah boleh berkerusi roda daku berpindah ke Sri Kembangan. Di situ daku ke Hospital...Doktor di Hospital Shah Alam yang dapat detact daku ini ada gaut...Maasyaalah...Ujian darah dibuat. Macammana berada 11 bulan di Lenggong tak berjumpa sakitku...MaasyaaAllah. Syukur jugak daku,.
Anak ku minta daku kejutkan di pada pukul 1.00 am nanti kerana dia letih sangat jika tidak tidur. Jadi daku ambil masa ini untuk menulis dengan jari jemariku ini. Risaujuga daku dia nak drive nanti. Pukul 11.00 baru nak ambil tidur sikit...Tentu tak cukup tidur .Sekali ini balik Kak Hindon dan anaknya Qurrata Aini pon ada. Hjika ais tak mampu Aini boleh drive. Tadi Aini kata Aini boleh drive...Insyaalah...Kak Hindon kata dia pon boleh drive ,,,,daku pon kata daku boleh drive..Cuma dkaku rasa sakit belakang kerana urat belakang ku bengkat kerana menunggu doktor diklinik pakar selama 4 jam...amboi hingga kita diserang sakit lain pulak. Adoi..
Eh Eh daku terlena dan tak tahu apa daku tulis...Laaa.mata hampir pejam ...nak baca sat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan