Buatku...dan buatmu jika mahu,,,
Jangan kau salahkan kepada sesiapapon jika kau tak habiskan satu juzuk sehari. Salahkanlah pada dirimu sendiri di
atas kecuaianmu dan kealpaanmu dalam menguruskan waktumu dan waktu tidak akan berpatah balik. Ingat! surah Waqiah dan Yassin jangan kau tinggalkankan seboleh bolehnya pada setiap malam dan penuhkan solat malammu dengan 10 ayat Allah agar terhindar kita dari digolongkan kepada golongan orang2 yang lagho, Jika dapat membaca dalam solatmu 100 ayat dapat status orang yang Istiqamah, sangat2 memadai bagi kita yang sentiasa lalai ini. Jangan kita lupa berdoa selepas solat, kerana amat rugi jika kita gagal berdoa setiap kali selepas solat. Mohonlah pada Allah agar kita sentiasa mengingatiNya, mengsyukuriNya dan sentiasa beribadat kepadaNya. Jangan dilupakan memohon agar di jauhkan daripada Neraka Jahannam kerana Neraka Jahannam akan berkata tidak akan masuk kedalamnya dengan doa itu dan berdoalah agar dimasukkan ke syurga Firdaus dan lantas Syorga Firdaus mendengar dan berdoa selamat datang padamu nanti.
Jangan pernah kau lupa menutup malammu dengan surah Tabarakallazi agar terhindarkamu daripada azab kubur. Jangan kau lupa membaca 3 Qul dan hembus ke telapak tanganmu dan sapu keseluruh badanmu sebelum kamu tidur, mengikut sunnah. Pasangkan niat untuk memaafkan seluruh kesalahan orang lain terhadapmu dan mohonlah agar Allah maafkanmu kerana terkadang kala kamu tersilap, suulzon terhadap orang dan berhusnuzzonlah selalu agar kamu terhindar dari sikap busuk hati. Pasangkanlah niat kamu sebelum tidur dengan ingin mengimarahkan malammu. Sentiasalah berselawat atas Nabi SAW, setiap hari paling kurang 300 kali dalam sehari, kerana 300 itu pon masih sedikit dan buat sehabis banyak jika kau mampu dan paling jangan kau lupa setiap langkah kamu, kau sertai dengan Astaghfirullah dan mohonlah pada Allah agar dimatikan dalam Husnolqatimah. Pastikan juga hiaskan harimu dengan, sentiasa ada wuduq agar kamu sentiasa dalam lindunganNya...Aamiin. Moga doa kita diperkenankan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan