.Harini masani saatni, aku happy. Sebab Iddahku dah tamat. Daku boleh pergi mana2, facebook macam biasa,Instgram macam biasa ,Twitter macam biasa,You tube macam biasa Pinterest macam biasa..Hihi seronoknya. Aku tak berdosa dah kalau nak keluar. Harap2 pandailah daku menggunakan semua kemudahan ini. Allah masih memantau kita...Ingat tu Eni... Aku tak jadi nak delete facebook Instagram, Twitter, Pinterest...sebab daku akan kehilangan kawan. At least dapat jugak aku contact jika ada hal mustahak dapat contact melalui" Media Sosial " ni ja.
Kema kata padaku " Kak ani kenapa tak Buat You Tube dah.? Kami dok tunggu2 You tube kak Ani, depa suka masakan kak Ani sebab depa ingat lagi apa yang kak Ani masak untuk jualan "Hari Kantin kita dulu" Kema dan kawan2 ku yang lain berkumpul di rumah Marhanah pi mengaji Quran di situ. Rumah Marhana tak jauh dari rumah Kema. Ramai kawan2 mostly adik2 dengan ku...dah pencen belaka dah. Seronok mereka bersatu kembali. Daku dah jual rumah di Taiping, dah tak ada chance dah...hihi
Hi hi , ingat jugak adik2ku padaku dan suka jugak mereka pada program masak2 ku. Dulu aku buat tu sebagai hiburanku aja, Kalau aku susah hati aku masak, menanam pokok, menyiram pokok, memotong rumput...hi seronoknya. Sekarang tak mahu dah...hihi..aku rasa nak "Stop" dah Kalau aku masak sapa nak makan, aku yang kena habiskan Anis nak kena diet balik, Aku dah tua...Tak payah lah. Aku nak releks. Tulis ni hanya supaya daku dapat guna otakku ni ...biar ia segar...Tak lupa bahasa2 yg ada dlm hidup ini. Bila aku main dengan "Baby" anak kucingku ,aku akan ketawa, kikiki...ini satu Excercise untuk ku supaya urat senyumku masih berfungsi...Alhamdulillah.
Aku ingat lagi masa aku kesedihan dulu aku lupa macam mana nak ketawa. Meskipon orang lain ketawa, daku tak pandai nak ketawa...daku hanya senyum sikit ja dan bunyi la hm! hm! Nyata ianya berlaku. Tidak ada langsung perasaan gembira dlm hatiku...sampai satu masa tu daku mula ketawa kembali...Syukur Ya Rabb.
Hihi..Lepas solat , selesai wirid ,lepas baca quran terus sentuh "Key Boardku" Bukan intend tuk jadi mude, tapi "melambatkan sikit proses jadi tua." Kau memang dah tua Eni. Kita dah tua tau...Abang Mat, Abang Din,Abg Halid dan pergi mengadap Illahi. Yang tinggal 3 lagi saudara lelaki..Abg Ail, Abg Manaf dan Arippin. Kami yang Perempuan masih ada lima orang. Kakak,Kak Nyah, Kak Hindon ,Eni dan Nah. Ya Rabb...Janganlah , kami jadi lupa macam Abg Ail...tak ingat dah adik2 dia yang tinggal ni. "Aku kena happy baru hidup bahagia" Dah tak sempat nak hidup lama dah, kami ini...
Ya Rabb Peliharalah kami semua. Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan