Ahad, 25 Februari 2024

Berbuka petang kelmarin

 


Assalamualaikum,

Daku berbuka petang semalam bersaorangan.  Anakku demam lagi.  Janganlah daku turut demam kerana teroknya bila demam.  Daku sangat tak tahan demam.  Ya Allah kau peliharalah daku dari demam kembali.  

Semalam daku makan gulai tauchu paling sedap cili hijau yang besar tu, sangat daku gemari bila ada cili besar hijau dalam gulai tauchu.  Kedua adanya terung, sedap sangat dan anakku tak makan terung dia akan kuganti dengan timun, kerana itu yang dia suka dalam gulai tauchu.  Kita berbeza.  Di samping gulai tauchu daku tumis kangkung bercili.  Sedap juga makan berbuka.  Ini semua daku harap untuk cukup sayur dalam makananku.

Makan buah mempelam, pasti...ianya, daku suka.

Syukur Yaa Rabb ditutup dengan Alhandulillah...Syukur padaMu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...