Assalamualaikum .
Hari ini daku dapat berita baik yang mengembirakan hatiku sedikit. Moga terus menerus berita gembira ku dapat. Kak Yah Abang Halid dah balik ke Grik setelah habis Iddahnya dan anakanda Aina bawanya balik dari Terengganu. Kak Yah akan terus menetap di Grik InsyaaAllah. Kak Yah kata padaku bahawa dia mempunyai rakan yang sama keadaan semacam nya tinggal bersendirian tanpa suami. Mereka boleh hidup. Daku rasa tak lama lagi Kak Yah boleh belajar drive sendiri untuk balik ke Lenggong. Kalau dahulu ,semua Abg Halid yang buat jadi sekarang Kak Yah kena buat sendiri. Kak Yah bukan tak boleh drive. Pergi ke Sekolah Bersia Lama boleh aja drive dari Grik...InsyaaAllah boleh. Dakupon kena kuat macam dia setahun lagi akan "berdikari"
Hidup ini kena kuat. Daku jugak kena kuat. Iddahku lagi 2 hari..InsyaaAllah akan tamat. Ntah lah daku tak pernah rasa jemu pon. Tak pa. Cuma lagi, lepas ni bolehlah daku keluar untuk menemani anis kemana2. InsyaaAllah. Kak Hindon ajak pergi PD. Tapi nampak macam Kak Hindon masih tak sihat batuk2 . Daku kena tunggu semua kami sihat baru boleh pergi mana2. Tak apa daku tak lah jemu sangat.
Tadi anis balik rehat sekejap, bawa untukku Coklat yang diberi oleh kawannya balu pulang dari Luar Negeri. Cantik dan mahal nampak coklatnya. En. Aziz rakan kerjanya pulak belanja makan nasi ayam hari ini. Daku tak payah masak hari ini...Syukur. InsyaaAllah. Anis nampak macam mampu pergi kerja , mungkin demamnya dan pulih sikit, lagipon Anis kata kerjanya banyak sangat. Dia lebih suka bekerja...Alhamdulillah dia larat hihi...Semua tu dari Allah.
Daku berbuka puasa dengan nasi ayam En, Azid sedekah, moga En. Azid di murahkan rezeki terus oleh Allah Azzawajalla dan dilapangkan hidupnya. First daku jamah buah tembikai,second daku makan pengat keledek yang daku buat petang tadi, keledek itu di hantar oleh Faiz, sedekah daripada Maznah yg di order daripada kawannya yang ada kebun, Seronok kan...Syukur daku dan ku panjatkan doa buat Maznah yang sentiasa ambil peluang buat pahala sedekah. Moga Maznah dimurahkan rezeki, aamiin. Makan pengat sorang daku sahaja, anakku memang tak suka . Dia hanya makan pengat pisang aja, nak suruh cuba hirup sikit pon tak mahu tambahan pulak baru kebah dari demam. Anis! Anis!..Lepas makan pengat baru Jamah Nasi ayam Syukur Rabb Hantar makanan tu semua kepadaku . Haah, anakku hulurkan Coklat Koko (halal) dari Luar Negeri, Sedap jugak syukur.. " Siapalah aku kalo tak letak kesyukuranku pada yang Esa" Alangkah baikkan Allah yang berikan aku semua ni dan bagi sedut oksijen percuma hari2 ni..."Eni, banyaklah bersyukur terhadap RabbMu. Daku syukur sangat. Allah bangunkan daku dipagi ini dengan rasa sihat ni pon daku rasa "Syukur" Ya Rabb, peluklah daku dlm kesyukuran terhadapMu sentiasa" Aamiin.
Selesai berbuka daku terus pergi solat dan Wirid hingga Isyak dan lantas tunaikan Isyak terus diakhiri dengan "witir" yg suka daku buat siap2 macam Saidina Abu Bakar. Alhamdulillah daku letih sangat dan nak tidur, Anakku suruh rehat esok jangan posa bila aku kata aku cuba " nampak macam tak setuju, " Mak bila mak nak jaga diri mak, ni dah lagi seminggu nak Ramadhan...Mana ada..Ramadhan 12 hb, March...hihi... Bila daku Check darah tinggi stabil...dan gula darah tinggi sikit...hihi tak syak lagi "pengat keledek: adoi! pulak tu...ada lagi tu...Ya Allah rahmatilah Syaabanku dan Kau sampaikanlah aku ke RamadhanMu, Ya Rabb. InsyaaAllah. Aamiin.
Eni mungkin tak posa esok. malam tadi rasa macam tak sedap badan, takut pulak daku sbb anakku demam, daku telan 2 biji "Vitamuin C, anakku hulurkan ubat selsema dan 2 biji panadol. Ini langkah2 keselamatanku,,,Syukur bangunnya aku rasa macam sihat, daku sambung tulis lagi...Sekarang 4.16 am daku belum tahajjud,,, Sepatutnya Tahajjud dulu" Sebolehnya jangan amalkan macam ni...Di pagi dingin ini daku syukur...dah nak gi dah..."Waw! panjamg sungguh dairi ku hari ni...Rabb nak pergi jumpaMu dah...Aamiin perkenanlah doaku Ya Rabb...Mantablah doaku pagi ini Ya Rabb...Aamiin
Hi hi suka nya tulisan ni...besar dan jelas...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan