Aku kesian anakku sebenarnya. Dah lama tak ada ayah dari kecil...Peristiwa dia masa kecil suruh beli ayah masih ku ingat sampai sekarang...
Masa anis masih kecil lagi dia dalam kereta abangku, kami akan pergi makan nasi kerumah abangku, anis 3 tahun lebih masatu
Tiba2 anis bersuara: "Mak! Bila lagi mak nak beli ayah? . Mak tak beli2 lagi" MaasyaAlllah aku agak terkejut sikit masa tu ketawa besar dengan abangku...Abang aku tanya dia" Beli kat mana ? "Beli la kat pasar duit emas anis dah banyak dah..." Pada masa tu shiling yang warna gold tu baru terbit...dia banyak dapat duit itu, tabung duitnya pon hampir penuh" Hi hi kami berdua terdiam...Masa tu airnmata tu keluar tanpa aku sedari...
Anis! Anis! banyak sangat kenangan sedih anis dengan mak...Tu sebab mak bagi anis ikut mereka masa anis mengenali mereka. Sekarang abah anis dah tua...sponsor anis untuk jalan...Harap anis dapat bawa diri dengan baik...Mak doakan anis dari kejauhan ini...Moga dia gembira Ya Rabb dengan abahnya. Ini doa seorang Ibu,...
Sesungguhnya daku tak jemu2 menulis disini sedangkan mereka semua tak membacanya, pon, tapi satu tujuanku " satu hari nanti bilamana aku dah pergi, kau akan mencari blogku ,untuk tahu "siapa ibumu ? daku rasa pasti dikau baca juga anakku" Anakku bukan tak tahu daku ada Blog...begitu juga keluargaku, mereka tahu tapi dah berbelas tahun, mereka dah lupa...cuma aku tak pernah lupa Blog ini. Ini kenanganku... kerana aku masih mahu otakku berjalan terus. Aku terus menulis... Noraini, kau kena hidup, otakmu juga kena hidup begitu juga hatimu perlu "merah" dengan rasa "happy" Peliharalah dia untukku, Yaa Rabb..InsyaaAllah ya Rabb" Aamiin Ya Rabb...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan