Isnin, 5 Februari 2024

Khasiat Madu Lebah.

 

Di dalam kitab suci al-Quran, madu ada disebut sebagai makanan ahli syurga dan didalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. 


“ Kemudian, makanlah (wahai lebah) dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan-jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perutnya itu keluar minuman (madu) yang beraneka warnanya. Di dalamnya terdapat obat bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir. “ -Surah An Nahl, ayat 69

Khasiat madu untuk kesihatan badan

  1. Menurunkan berat badan. ...
  2. Menguatkan sistem imun badan. ...
  3. Bagus untuk kulit muka dan badan. ...
  4. Menguatkan memori. ...
  5. Penawar semula jadi untuk batuk. ...
  6. Pemanis semulajadi & sumber tenaga segera. ...
  7. Menyihatkan usus, menguatkan otot & sendi. ...
  8. Penyembuh luka.

Khasiat madu untuk kesihatan badan

Berikut adalah antara khasiat madu yang perlu anda tahu:


1. Menurunkan berat badan

Madu asli, terutamanya apabila digabungkan dengan kayu manis, boleh membantu mengurangkan risiko diabetes atau bertindak sebagai bantuan semasa rawatan.

Dengan menggantikan gula dengan madu, anda boleh meningkatkan insulin dan membantu pengurusan gula dalam darah.

Pengambilam madu asli juga boleh mencegah pertambahan berat badan kerana ia mengaktifkan hormon yang menyekat selera makan. Pengambilannya secara tetap sebenarnya boleh mengurangkan risiko obesiti.

Tahukah anda, madu dapat membantu anda menurunkan berat badan? Menurut pakar nutrisi Mike McInnes, madu dapat membakar lemak walaupun ketika badan sedang tidur.

Anda juga boleh mengamalkan pengambilan sesudu madu sebelum tidur untuk mempercepatkan pembakaran lemak.

Oleh kerana rasanya yang manis, madu boleh ditambah ke dalam diet harian untuk menggantikan gula.

2. Menguatkan sistem imun badan

Madu telah digunakan selama bertahun-tahun dalam perubatan tradisional. Selalunya, ia dapat membantu melegakan masalah batuk, sakit tekak dan jangkitan.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam jurnal BMJ Evidence-Based Medicine pada tahun 2021 juga mendapati bahawa madu mungkin dapat mengurangkan jangkitan yang berlaku pada saluran pernafasan.

Menurut pakar lagi, madu mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Jika ia diambil setiap hari, ia dapat meningkatkan sistem imun badan.

3. Bagus untuk kulit muka dan badan

Ada sebabnya mengapa madu sering digunakan dalam produk penjagaan wajah. Individu yang mempunyai kulit kering boleh menggunakan produk yang mengandungi madu sebagai pelembap.

Bukan itu sahaja, disebabkan ia merupakan sejenis antiseptik semula jadi, madu juga boleh digunakan untuk merawat luka dan jangkitan lain pada kulit,


4. Menguatkan memori

Siapa sangka, pemanis semula jadi ini sebenarnya dapat menguatkan memori!

Polifenol dalam pemanis ini mungkin dapat mengurangkan inflamasi pada kawasan hippocampus, bahagian otak yang berkait rapat dengan memori.

Ia bukan sahaja bagus untuk ingatan, madu juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menjadikannya organ yang lebih sihat dan kuat.

Madu merupakan antara penawar terbaik untuk masalah batuk.

Malah, kajian juga menunjukkan, mereka yang minum secawan campuran air kosong dan madu dapat mengurangkan iritasi pada kawasan tekak.


6. Pemanis semulajadi & sumber tenaga segera

Komposisi utama madu adalah gula. Lebih kurang 95-97 peratus berat kering madu adalah gula. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa.

Ini menyebabkan madu mempunyai rasa manis yang semulajadi serta mampu memberikan tenaga segera untuk pengamalnya.

Ramai yang menggunakan madu bagi menggantikan gula sama ada dalam masakan/makanan ataupun minuman.  

7.Di samping itu, madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia.

Dengan mengamalkan memakan madu, usus anda akan bertambah sihat! Selain itu, madu juga mengandungi asid amino proline.

Asid amino proline ini dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk  membantu menguatkan otot dan sendi tulang. 

Madu juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka mempunyai sifat melawan keradangan.

Hal ini kerana, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin B, vitamin A, dan vitamin C.

Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai mineral seperti kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.

9. Petua sakit tekak & batuk 

Khasiat madu yang agak popular ialah, membantu untuk memulihkan sakit tekak dan batuk.

Anda hanya perlu campurkan dengan bahan-bahan alami lain seperti lemon, cuka epal dan lain-lain untuk memaksimumkan kesannya. Atau, gunakan sahaja madu asli tanpa apa-apa campuran. Mudahkan?

10. Menyuburkan lelaki & wanita

Tambahan lagi, madu tualang juga dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki mahupun wanita.Pengambilan madu yang konsisten dapat membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma lelaki serta meningkatkan beberapa hormon wanita. 

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat madu dapat memberkan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Khasiat Madu Untuk Kesihatan Yang Jarang Orang Tahu! My Sihat
  2. Manisan Daripada Seribu Bunga, Ini 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Makan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan