Abu Bakar al-Siddiq R.A. berkata kepada Rasullullah S.A.W, Wahai Rasullullah ajarlah saya beberapa perkataan untuk saya mengamalkan nya pada waktu pagi dan petang,dan ketika hendak tidur. Rasullullah SAW mengajarkan doa ini supaya di amalkan ketika waktu pagi, petang dan ketika hendak tidur. Hadith riwayat al- Tamizi(3392)Abu daud(5067). "Sahih"
Ya Allah , Tuhan pencipta Langit dan bumi, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Tuhan setiap sesuatu dan pemiliknya, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan gangguannya(kesyirikan), dan aku berlindung daripada terbabit melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Aamiin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan